Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan segan kibar Jalur Gemilang atau bendera Sarawak

-

KUCHING: Jangan segan mengibarka­n Jalur Gemilang atau bendera Sarawak semasa sambutan hari bersejarah yang diraikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata, sama ada ia sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos, Hari Sarawak (22 Julai) atau Hari Malaysia (16 September).

“Kita harus tahu betapa pentingnya sejarah kemerdekaa­n negara atau negeri ini baik 22 Julai atau 31 Ogos atau 16 September.

“Maka itu bukan masalah untuk kita mengibarka­n Jalur Gemilang pada setiap kali sambutan berkenaan kerana ia adalah acara memperinga­ti sejarah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan melancarka­n Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak yang dihadiri Pengarahny­a Abang Sardon Abang Hashim di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lumba Kuda di sini, semalam.

Menurut Wong, selain itu rakyat Sarawak tidak harus berfikiran bahawa Hari Merdeka yang disambut pada 31 Ogos hanya untuk dirai rakyat Semenanjun­g Malaysia walaupun ia adalah kemerdekaa­n Tanah Melayu.

“Begitu juga sambutan Hari Sarawak (22 Julai) yang mana rakyat di Semenanjun­g juga harus bergembira mengenai sambutan berkenaan.

“Sementara Hari Malaysia (16 September) sememang- nya sambutan yang diraikan seluruh Malaysia kerana ia hari bersejarah wujudnya pembentuka­n Malaysia,” tegasnya.

Wong pada masa yang sama menekankan agar nilai semangat patriotik perlu ditanam sejak usia awal termasuk kanak-kanak sekolah.

Katanya ia bagi membole- hkan mereka mengetahui sejarah yang sebenarnya bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan mereka.

Jelasnya ia kerana dari sejarah maka berlakunya perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.

Sementara itu Abang Sardon dalam ucapannya berkata, jabatan memilih SK Lumba Kuda sebagai tempat program diadakan kerana sekolah berkenaan mempunyai sejarahnya tersendiri.

Menurut beliau, bahkan nama sekolah itu sendiri bersejarah kerana ia merupakan satu-satunya tempat lumba kuda yang ada sebelum ini.

“Jika kita tidak memperinga­ti sejarah ini ia akan lupus dalam peredaran masa dan jika tidak juga nama Lumba Kuda ini akan dilupakan.

“Apabila kita merdeka banyak perubahan berlaku dan mudah untuk kita lupa usaha generasi kita dahulu yang membawa kepada pembanguna­n termasuk di Lumba Kuda,” katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangk­an agar satu patung kuda harus dibina di sekolah berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

 ??  ?? JALUR GEMILANG: Wong (kiri) selepas melakukan simbolik mengibarka­n Jalur Gemilang di SK Lumba Kuda sambil disaksikan Abang Sardon (dua kiri) serta Guru Besar SK Lumba Kuda, John Selvaraj Perumal.
JALUR GEMILANG: Wong (kiri) selepas melakukan simbolik mengibarka­n Jalur Gemilang di SK Lumba Kuda sambil disaksikan Abang Sardon (dua kiri) serta Guru Besar SK Lumba Kuda, John Selvaraj Perumal.
 ??  ?? ZIARAH: Simoi (tiga kiri) menziarahi Bok Nipah (kanan) sambil diiringi Mohd Yusuf (kiri) serta ahli PBB yang lain semasa kunjungan berkenaan semalam.
ZIARAH: Simoi (tiga kiri) menziarahi Bok Nipah (kanan) sambil diiringi Mohd Yusuf (kiri) serta ahli PBB yang lain semasa kunjungan berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia