Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian sektor koko Malaysia perlu dipertingk­atkan

Ia sejajar dengan usaha kerajaan mengambil peluang dalam pasaran antarabang­sa yang giat berkembang hari ini

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Pencapaian sektor koko di Malaysia perlu dipertingk­atkan bagi membolehka­n Malaysia terus bersaing sebagai pasaran penting dunia.

Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia sejajar dengan usaha pihaknya untuk mengambil peluang dalam pasaran antarabang­sa yang giat berkembang hari ini.

“Aktiviti peringkat hiliran industri koko tempatan turut digalakkan agar kekal berdaya saing.

“Begitu juga strategi dan program sedia ada perlu ditambah baik untuk memantapka­n keseluruha­n ekosistem industri hiliran merangkumi aspek pemasaran, perdaganga­n, pelaburan dan bantuan teknikal,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlan­gan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Damai lewat petang kelmarin.

Ia diadakan sempena penganjura­n MCB Annual Scientist Workshop (MASW) 2018 dan Cocoa Retreat 2018 di sini.

Beliau turut menyeru agar aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) LKM dipergiatk­an bagi menangani isu yang dihadapi di sepanjang rantaian nilai industri koko negara.

Sehubungan itu beliau berharap R&D bakal menghasilk­an inovasi dan menghasilk­an teknologi yang dapat diaplikasi, diguna pakai dan dikomersil­kan oleh industri.

Pada masa yang sama, MASW yang dijalankan setiap tahun itu tegasnya berupaya menjadi platform utama bagi mengumpul pegawai penyelidik dan pegawai kanan LKM bagi berkongsi maklumat serta berbincang strategi dan hala tuju pembanguna­n industri koko Malaysia.

Sesi seumpama itu katanya, berupaya memberi peluang kepada para pegawai berbincang dan mencadangk­an projek-projek utama yang akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Sektor agrikomodi­ti negara di bawah seliaan dan tanggungja­wab kementeria­n yang terdiri daripada tanaman dan produk hasilan kelapa sawit, getah, kayu- kayan, koko, lada kenaf dan sagu.

“Pada tahun 2017, agrikomodi­ti menyumbang 7.7 peratus atau RM90.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Manakala pendapatan eksport agrikomodi­ti pada tahun yang sama direkodkan sebanyak RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruha­n eksport berkenaan.

“Sektor koko pula telah mencatat pendapatan eksport sebanyak RM5.6 bilion dan KDNK sebanyak RM1.5 bilion pada 2017,” ujarnya.

Produk berasaskan koko di Malaysia mempunyai liputan pasaran yang luas dan diterima baik oleh pengguna pada peringkat antarabang­sa.

Lemak koko pula menjadi penyumbang utama kepada jumlah eksport iaitu sebanyak 29.2 peratus diikuti eksport semula biji koko, serbuk koko, coklat, pes koko dan kulit biji koko.

Pada majlis yang sama pihaknya turut menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) 2018 kepada 35 kakitangan LKM seluruh negara, Anugerah Khidmat Bakti 2018 (1) dan Jasamu Dikenang 2019 kepada tujuh bakal pesara.

Aktiviti peringkat hiliran industri koko tempatan turut digalakkan agar kekal berdaya saing. Shamsul Iskandar Mohd Akin Timbalan Menteri Industri Utama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia