Utusan Borneo (Sarawak)

SG Akademi lengkapkan Kota Samarahan sebagai bandar ilmu

-

KOTA SAMARAHAN: Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata penubuhan SG Akademi di sini melengkapk­an lagi ciri Kota Samarahan sebagai bandar ilmu.

“MKPS sangat gembira dengan penubuhan pusat pengetahua­n dan kemahiran seperti SG Akademi di Kota Samarahan. Inilah bandar ilmu yang sepatutnya,” katanya sempena lawatan kerja ke akademi itu semalam.

Beliau berkata MPKS gembira kerana akademi kemahiran baharu itu memfokus kepada menyediaka­n latihan untuk penyediaan makanan dan minuman serta katering, kini beroperasi di Kota Samarahan.

Lebih membanggak­an katanya, akademi itu dikendalik­an sekumpulan individu Bumiputera ( Iban) yang sangat berpengala­man dalam perkhidmat­an perhotelan dan kulinari.

“Mereka menghidang­kan makan tengah hari kepada kami. Ini adalah penyediaan makanan dan perkhidmat­an terbaik.

“Pelajarnya memberi perkhidmat­an cemer- lang, ini sesuatu yang membanggak­an,” katanya.

Sementara itu, pemilik dan operator SG Akademi Novert Sullang berkata graduan akademi diterima baik dalam pasaran pekerjaan terutama dalam sektor perhotelan.

“Pelajar diajar menyediaka­n makanan dan minuman berkualiti serta memberikan perkhidmat­an terbaik, menjadikan mereka pilihan hotel dan premis makanan,” katanya.

Menurut Sullang pelajar SG Akademi tidak hanya diajar menyediaka­n makanan dan minuman yang enak tetapi berkaitan isu-isu kesihatan, kebersihan dan penampilan diri.

Katanya, seorang tukang masak mesti sentiasa kelihatan segak, bersih dan kemas untuk menarik perhatian pelanggan.

“Tidak ada istilah dapur kotor dan pakaian kotor dalam kalangan tukang masak serta staf.

“Masakan yang enak tidak mencukupi kerana hari ini pelanggan mementingk­an kebersihan dan kekemasan,” ujarnya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Minos menerima cenderamat­a daripada Sullang sambil disaksikan yang lain sebagai penghargaa­n atas lawatan kerjanya ke SG Akademi.
TERIMA KASIH: Minos menerima cenderamat­a daripada Sullang sambil disaksikan yang lain sebagai penghargaa­n atas lawatan kerjanya ke SG Akademi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia