Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan kontraktor menyebabka­n gangguan elektrik sehingga timbulkan ketidaksel­esaan kepada orang ramai

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) akan meningkatk­an langkah pencegahan dan penalti terhadap kontraktor pihak ketiga yang merosakkan kabel bawah tanah dan infrastruk­tur elektrik yang berkaitan semasa kerja penggalian di tapak projek.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO Lau Kim Swee berkata keputusan itu disebabkan tindakan tidak bertanggun­gjawab dan tidak selamat oleh kontraktor yang sering menyebabka­n gangguan bekalan elektrik sehingga menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada orang ramai.

Katanya walaupun s e r i n g m e n g a d a k a n kempen kesedaran untuk memaklumka­n kepada k o n t r a k t o r t e n t a n g perlunya mematuhi langkah keselamata­n dan memeriksa laluan kabel bawah tanah sebelum menjalanka­n kerja penggalian, namun banyak kontraktor pihak ketiga masih terus mengabaika­nnya.

“Terdapat kejadian di mana kontraktor masih merosakkan kabel walaupun mereka sudah dimaklumka­n mengenai laluan kabel di tapak projek,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut Lau, berdasarka­n rekod, trend insiden semakin meningkat dan berlaku kirakira 10 kali sebulan di seluruh negeri.

“Ini terlalu banyak dan boleh dielakkan. Tahun ini sahaja, terdapat 75 kes oleh kontraktor pihak ketiga, yang menjadikan 250 kes dalam tempoh dua tahun ini.

“Kos kerja pembaikan telah terkumpul hingga RM2.5 juta,” katanya.

Dua kejadian yang berkaitan dengan kerja Lebuh Raya Pan Borneo berlaku di Betong pada 25 Julai dan Sri Aman pada keesokan harinya.

Di Sri Aman, kabel bawah tanah 33kV rosak akibat kerja

Terdapat kejadian di mana kontraktor masih merosakkan kabel walaupun mereka sudah dimaklumka­n mengenai laluan kabel di tapak projek. Lau Kim Swee Ketua Pegawai Eksekutif SESCO

penggalian menyebabka­n bekalan elektrik terganggu di kawasan Abok Kuari, Abok Sangan, Abok Pulau Batu dan SK Abok.

Ini menjadikan 11 kes direkodkan di bahagian Sri Aman sejak Januari tahun ini.

Dalam kes- kes di mana kerosakan itu meluas, gangguan elektrik juga menjejaska­n loji rawatan air, menyebabka­n orang ramai bukan sahaja terputus bekalan elektrik tetapi juga air untuk tempoh yang lama.

Di Betong, kerosakan kabel ketegangan tinggi 33kV menyebabka­n penduduk di Matop, Penunus dan Rapong terputus bekalan elektrik selama tiga jam.

Kes yang paling teruk pada tahun ini berlaku pada Mei apabila kabel bawah tanah 33kV di Kapit rosak oleh jentera pengorek semasa kerja saliran dan menjejaska­n kirakira 5,500 pengguna.

“Kami sedang melakukan penalti maksimum terhadap kejadian di Kapit. Terdapat juga peruntukan di bawah Ordinan Elektrik yang membolehka­n kami membawa kontraktor ke mahkamah.

“Kontraktor yang didapati bersalah di bawah Seksyen 33 (9) (b) Ordinan Elektrik, boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau lima tahun penjara bagi ganti rugi kepada sistem elektrik,” kata Lau.

 ??  ?? ROSAK: Antara kabel elektrik bawah tanah yang rosak disebabkan kontraktor.
ROSAK: Antara kabel elektrik bawah tanah yang rosak disebabkan kontraktor.
 ??  ?? IHSAN: Gabriel menyampaik­an sumbangan makanan kepada salah seorang penghuni pusat tersebut.
IHSAN: Gabriel menyampaik­an sumbangan makanan kepada salah seorang penghuni pusat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia