Utusan Borneo (Sarawak)

KPM anjur pertanding­an memancing sempena Hari Kebangsaan

-

MIRI: Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Kelab Pemancing Miri (KPM) akan menganjurk­an Pertanding­an Memancing Muara Sungai Miri Hari Kebangsaan Shimano.

Pertanding­an itu akan diadakan pada 2 September mulai jam 8 pagi hingga 1 petang dengan yuran penyertaan RM50 dan RM60 bagi mereka yang membuat pendaftara­n pada saat akhir.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM3,000, RM1,500 dan RM800 manakala tempat keempat dan kelima RM500 dan RM300, diikuti RM100 untuk pemenang tempat keenam hingga kesepuluh.

Setiap peserta turut menerima peralatan memancing tajaan Shimano.

Peserta yang berjaya menaikkan ikan seberat 30.1 kilogram ke atas juga berpeluang memenangi hadiah khas wang tunai RM300.

Borang penyertaan boleh didapati di kedai peralatan memancing sekitar Miri, antaranya Chop Hock Cheong Hin Fishing Tackle (0168751558), Ek Fatt Sport Fishing Enterprise (085-431659) dan X Gear (085-413680). Tarikh tutup penyertaan pada 1 September, jam 3 petang. MIRI: Agensi Pertahanan Sarawak (APM) Sarawak sedang giat mengagihka­n bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di sini semalam.

Pegawai Pertahanan Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Abdul Hamid berkata, kira-kira RM16,000 telah diagihkan kepada 32 penerima.

Setiap mangsa banjir menerima bantuan RM500 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di kawasan Dewan Undangan Negeri Mulu.

Peruntukan NADMA itu disalurkan kepada APM Sarawak selaku Sekretaria­t Pengurusan Bencana Negeri.

Ia kemudianny­a diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas dan kerugian harta benda semasa tragedi Monsun Timur laut lalu.

Bencana yang berlaku pada 25 November 2017 hingga 17 Mac 2018 telah menyebabka­n kerugian kepada penduduk di kawasan tanah rendah.

Penyampaia­n sumbangan kepada mangsa telah dilaksanak­an di Pejabat Daerah Kecil Mulu.

Penerima belum menuntut bantuan wang ihsan berkenaan boleh berbuat demikian di pejabat APM Miri pada hari bekerja.

 ??  ?? TERIMALAH: Seorang mangsa banjir menerima bantuan wang ihsan yang disampaika­n pegawai APM Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Bario.
TERIMALAH: Seorang mangsa banjir menerima bantuan wang ihsan yang disampaika­n pegawai APM Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Bario.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia