Utusan Borneo (Sarawak)

PMSB pelawa lepasan sekolah hadiri temu duga pengambila­n pelatih

-

MIRI: Akademi Maritim Pelita Maslaut (PMSB) mempelawa lepasan sekolah menghadiri temu duga pengambila­n pelatih akademi itu pada 20 Ogos ini.

Pengarah Urusan PMSB Masni Amit berkata setakat ini seramai 11 calon mendaftar sebagai pelatih di akademi itu bagi pengambila­n Ogos ini.

“Pengambila­n masih terbuka dan kita mengadakan temu duga calon pada 20 Ogos ini dengan memberi peluang kepada pelatih tempatan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, semakin ramai anak muda pelbagai etnik di negeri ini berminat menceburi bidang maritim dan perkapalan.

“Kami berpengala­man dalam bidang ini lebih 10 tahun serta melahirkan ramai pelatih yang berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Pelatih cemerlang kebiasaann­ya ‘ditempah’ lebih awal untuk diserap ke pelbagai jawatan sebelum tamat latihan industri,” ujarnya.

Masni mengakui terdapat pelatih PMSB berjaya menjadi kapten, pegawai dan jurutera kimpal yang bekerja dengan syarikat kapal tempatan dan luar negara.

Menurutnya, sepanjang kursus itu pelatih akan didedahkan dengan teori dan latihan selama tiga bulan di akademi itu.

Seterusnya, mereka akan meneruskan latihan industri selama enam bulan bersama syarikat-syarikat perkapalan yang bekerjasam­a dengan PMSB.

Menurutnya, industri itu masih dikuasai tenaga kerja asing sedangkan tenaga kerja tempatan juga mampu bersaing jika diberi latihan mencukupi.

“Kami komited melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam industri maritim dan perkapalan kerana bidang ini amat memerlukan tenaga kerja tempatan,” jelasnya.

Katanya tahun lalu PMSB dipilih sebagai penerima Anugerah Pusat Maritim Terbaik Malaysia oleh Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (KPM). Lepasan sekolah berminat boleh datang ke Akademi Maritim Pelita Maslaut Miri di Lot 1516 Block 1 MCLD, Pusat Komersil Lutong di sini.

 ??  ?? KOMITED: Masni (duduk, lima kanan) yakin PMSB mampu melahirkan lebih ramai pelatih berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri maritim.
KOMITED: Masni (duduk, lima kanan) yakin PMSB mampu melahirkan lebih ramai pelatih berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri maritim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia