Utusan Borneo (Sarawak)

Isu jangka panjang masalah bekalan air ditangani

Masalah air RPR Sungai Pasir dalam program ‘Stress Area Northern Region’, dilulus KM

-

KUCHING: Masalah bekalan air di RPR Sungai Pasir di daerah Marudi akan dimasukkan di bawah program ‘ Stress Area Northern Region’ dan telah mendapat kelulusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kementeria­n Utiliti dalam kenyataan di sini, berkata ia bagi menangani isu jangka panjang masalah bekalan air di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, ia masih dalam proses mereka bentuk paip dan pam penggalak baharu.

“Ia dijangka akan dikeluarka­n tender projek pada bulan November 2018,” menurut kementeria­n.

Kementeria­n bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Miri sentiasa berusaha mengatasi masalah air di kawasan terjejas dan pihak pengguna dimohon terus menghubung­i pihak JBALB Bahagian Miri untuk proses penghantar­an air.

Kenyataan berkenaan sebagai maklum balas mengenai laporan dalam akhbar Borneo Post pada 2 Ogos lepas yang bertajuk ‘Sg. Pasir residents left without water since Friday’.

Jurucakap Kementeria­n Utiliti

Kementeria­n mengambil maklum mengenai isu bekalan air berkenaan dan pada 28 Julai 2018 yang lalu telah berlaku satu insiden di mana Pam Air Mentah telah dilanggar sebuah bot tunda mengakibat­kan paip utama mengalami gangguan.

Bagaimanap­un JBALB telah menghubung­i pihak kontraktor untuk proses baik pulih paip tersebut.

“Pada 29 Julai 2018, kerja baik pulih telah selesai dilakukan dengan menggunaka­n kapal kren untuk tujuan penyambung­an semula paip utama. D i s e b a b k a n i n s i d e n ini seluruh Marudi telah mengalami masalah gangguan air termasuk kawasan RPR Sungai Pasir,” tegas kementeria­n.

Notis pemakluman gangguan bekalan air juga telah dikeluarka­n pihak JBALB kepada para pengguna di kawasan tersebut.

Selain itu, masalah gangguan air di kawasan RPR Sungai Pasir juga adalah akibat daripada tekanan air yang rendah kerana keadaan paip yang ‘under size’ dan keperluan untuk menaik taraf paip tersebut perlu dilakukan.

Di samping itu, kedudukan kawasan RPR Sungai Pasir ini adalah berdekatan dengan kawasan taman Flat Serbaguna Dayuh.

Kawasan ini mengunakan dua ‘pressure pump’ untuk menarik air ke kawasan taman tersebut mengakibat­kan bekalan air ke kawasan RPR Sungai Pasir menjadi kurang.

Tangki simpanan yang disediakan buat masa ini juga tidak dapat menampung permintaan penduduk RPR Sungai Pasir yang kian bertambah.

Kawasan perumahan ini juga akan mengambil masa yang lama untuk ‘recovery time’ setelah baik pulih dijalankan di loji bekalan air mentah.

“Justeru, penduduk di kawasan yang terjejas disaran mengambil langkah-langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Atas komitmen yang tidak berbelah bahagi, pihak JBALB sedang sedaya upaya berusaha mengembali­kan bekalan air ke kawasan berkenaan dan segala kesulitan amat dikesali,” tambah kementeria­n.

 ??  ?? ROSAK: Pam air utama yang rosak akibat dilanggar sebuah bot tunda pada 28 Julai 2018.
ROSAK: Pam air utama yang rosak akibat dilanggar sebuah bot tunda pada 28 Julai 2018.
 ??  ?? BAIK PULIH:Kerja pembaikan dilakukan kontraktor pada 29 Julai 2018.
BAIK PULIH:Kerja pembaikan dilakukan kontraktor pada 29 Julai 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia