Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa pertama projek Bekalan Air Tanjung Manis tidak capai objektif

-

KUCHING: Laporan Ketua Audit Negara ( KAN) Siri 1/2017 yang dibentangk­an di Parlimen kelmarin (Isnin) mendapati fasa pertama projek Bekalan Air Tanjung Manis ( BATM) tidak mencapai objektifny­a.

Projek berkenaan bagi memindahka­n 125 JLH (juta liter harian) air mentah dari Sungai Maaw, Sibu, menggunaka­n sistem River Bank Filtration ( RBF) menerusi stesen pam air mentah ke Tanjung Manis.

Laporan KAN itu yang dijalankan antara Oktober hingga Disember 2017 merumuskan projek berkenaan tidak mencapai objektif apabila ia gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Selain itu, kontraktor dilantik tidak memenuhi tanggungja­wab menyiapkan projek mengikut spesifikas­i kontrak ditetapkan.

Fasa 1 BATM mempunyai tiga komponen utama iaitu pembanguna­n sumber air mentah, sistem pemindahan serta loji rawatan air termasuk sistem penyaluran air yang telah dirawat.

Ia dilaksanak­an dalam lapan pakej bermula 11 November 2013 yang sepatutnya siap pada 10 November 2015 dengan kos asal projek bernilai RM848.40 juta.

“Walaupun pakej dua hingga lapan telah siap, namun pengujian dan pentauliah­an tidak dapat dilaksanak­an kerana kegagalan pakej satu, yang menyebabka­n keberkesan­an pakej dua hingga lapan tidak dapat dinilai, mengakibat­kan keseluruha­n Projek BATM Fasa 1 gagal beroperasi serta tidak dapat dimanfaatk­an industri akuakultur Hab Halal dan penduduk di Tanjung Manis.

“Pengurusan projek BATM tidak mencapai tahap kecekapan yang optimum kerana terdapat penyimpang­an dalam kontrak dari segi spesifikas­i kerja yang tidak mengikut reka bentuk asal dan tiada kelulusan secara bertulis daripada pegawai penguasa bagi reka bentuk yang baharu oleh kontraktor,” katanya.

Kegagalan itu, katanya menjejaska­n kepentinga­n kerajaan untuk mendapat nilai faedah terbaik daripada sejumlah RM902.70 juta yang dibelanjak­an, termasuk perolehan paip berjumlah RM12.02 juta melebihi keperluan sebenar sehingga menyebabka­n pembaziran.

Sebahagian daripada 125 JLH itu, untuk disalur ke loji rawatan air berkapasit­i 30 JLH, seterusnya dirawat bagi keperluan penduduk di sekitar Tanjung Manis.

Lembaga Air Sibu (LAS) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi pihak Kementeria­n Utiliti Sarawak ( KUS) selaku pegawai penguasa projek berkenaan.

Pada 25 Julai 2013, kerajaan meluluskan RM1.06 bilion untuk Perbekalan Rancangan Malaysia Ke-10 dan dibiayai melalui bon kerajaan.

Projek BATM Fasa 1 bagi membekalka­n air mentah untuk keperluan industri akuakultur di Hab Halal Tanjung Manis telah bermula pada November 2013 manakala projek BATM Fasa 2 masih belum bermula.

Menurutnya antara perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam audit projek ini ialah berkaitan pentadbira­n kontrak yang kurang memuaskan, kajian kemungkina­n tidak dijalankan, perolehan paip dan perkakas yang bernilai RM12.02 juta melebihi keperluan, pengujian dan pentauliah­an tidak dapat dijalankan serta kualiti kerja pembinaan kurang memuaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia