Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 11 kementeria­n, jabatan, agensi Kerajaan Sarawak cemerlang dalam pengurusan kewangan

-

KUCHING: Laporan Ketua Audit Negara ( KAN) Siri 1/2017 mendapati hanya 11 daripada 32 kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan Sarawak mencapai penarafan ‘lima bintang’ atau cemerlang untuk prestasi pengurusan kewangan bagi tahun 2017.

LKAN yang dibentangk­an di Parlimen kelmarin (Isnin) dan dikeluarka­n dalam portal rasmi Jabatan Audit Negara (JAN) mendedahka­n Pejabat Ketua Menteri antara 11 kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan Sarawak yang mendapat penarafan ‘ cemerlang’ ( mencatat 90 peratus dan ke atas) dengan merekodkan 90 daripada 100 peratus.

Baki 10 lagi kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan Sarawak ialah Pejabat Perbendaha­raan Sarawak, Pejabat Residen Miri, Pejabat Residen Sibu, Majlis Daerah Lawas, Majlis Daerah Marudi, Lembaga Pembanguna­n Bintulu, Pejabat Residen Bintulu, Majlis Daerah Sarikei, Majlis Perbandara­n Sibu dan Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

Manakala 14 lagi kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan Sarawak mendapat penarafan ‘ baik’ manakala tujuh lagi ‘memuaskan’.

Kementeria­n, jabatan serta agensi Kerajaan Sarawak mendapat penarafan ‘baik’ ialah Pejabat Residen Kapit, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Lubok Antu, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak, Lembaga Pelabuhan Kuching, Pejabat Residen Mukah, Pejabat Residen Serian, Pusat Biodiversi­ti Sarawak, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, Pejabat Residen Limbang, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Daerah Betong, Majlis Daerah Saratok dan Pejabat Residen Samarahan.

Sementara yang mendapat penarafan ‘memuaskan’ pula ialah Pejabat Residen Sri Aman, Lembaga Air Kuching, Pejabat Residen Betong, Pejabat Residen Sarikei, Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, Pejabat Residen Kuching dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak.

Bagaimanap­un LKAN mendapati pengaudita­n ke atas tiga kementeria­n iaitu Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dan Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, m e n d a p a t i k u r a n g memuaskan, mencatat 69.27 untuk kawalan kenderaan dan tidak memuaskan (50) bagi dana amanah dan deposit.

Namun ketiga- tiga kementeria­n ini mencatat markah baik untuk pengurusan, bajet, pendapatan, perbelanja­an dan aset serta stor.

Pengaudita­n ke atas 14 jabatan juga mendapati m e m u a s k a n u n t u k kenderaan (76.55) dan aset dan stor (78.828), walaupun penarafan cemerlang dan baik diberikan.

Selain itu, 15 agensi yang diaudit juga didapati memuaskan untuk aset dan stor (79.4) walaupun mereka mendapat markah cemerlang dan baik.

LKAN Siri 1/2017 juga menyatakan pengaudita­n mengejutka­n dilakukan ke atas Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah, Pejabat Ketua Menteri, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli dan Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Pemeriksaa­n sama dilakukan keatasLemb­agaPembang­unan Tanah Sarawak, Majlis Daerah Serian, Sarawak Forestry Corporatio­n, Perbadanan Sukan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia