Utusan Borneo (Sarawak)

Tender projek bekalan air Rumah Edward Ekau dikeluar September

-

KUCHING: Pasukan Gerakan Utiliti Sarawak Energy Berhad ( SEB), Syarikat SESCO Berhad (SESCO), bersama Unit Pemeriksa Elektrik (EIU) Kementeria­n Utiliti dan pihak polis telah menyerbu sebuah pusat ‘cryptocurr­ency mining centre’ haram di sebuah rumah kedai Pusat Komersil Uni Central untuk mencuri elektrik baru-baru ini.

T i n d a k a n t e r s e b u t dilakukan selepas mendapat waran geledah daripada majistret di sini untuk mengakses premis perniagaan yang dicurigai mencuri kuasa elektrik berikutan beberapa bulan pengawasan dan maklumat daripada pihak awam.

Susulan itu, pengendali perniagaan turut menyekat akses pasukan berkenaan u n t u k m e n j a l a n k a n pemeriksaa­ndenganmen­gunci pintu gril aluminium.

Dalam serbuan itu, didapati bahawa premis tersebut tidak mempunyai sebarang meter bekalan elektrik dan bekalannya telah ditoreh terus dengan penyambung­an elektrik SESCO terus ke papan pengedaran premis di tingkat dua dan tingkat satu premis berkenaan.

T o r e h a n t e r s e b u t disembunyi­kan di dalam siling konkrit untuk mengelakka­n pengesanan.

Bagaimanap­un, juruteknik SESCO yang merupakan pakar terlatih, berjaya mengesanny­a.

Penggunaan elektrik yang diukur dari kabel yang ditoreh dianggarka­n berkos sekitar RM10,000 sebulan berdasarka­n penggunaan 24 jam untuk menjalanka­n ‘ cryptocurr­ency mining centre’ berkenaan.

Semua pendawaian yang ditemui di premis itu disita serta keterangan dan laporan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan segera.

Pemilik perniagaan akan dipanggil untuk membantu siasatan dan akan dibawa ke mahkamah.

Selain sambungan elektrik haram, pengendali terebut juga didapati melanggar Seksyen 87 Peraturan Bangunan untuk menghalang akses tangga.

Berdasarka­n rekod SESCO, ini bukan kes kecurian kuasa pertama yang melibatkan pengendali ‘cryptocurr­ency mining centre’ di sini.

Pada tahun ini sebanyak 12 meter elektrik telah dirampas daripada pemilik operator ‘ cryptocurr­ency mining centre’ di Miri.

SESCO sedang dalam proses membawa kes tersebut ke mahkamah melalui Jabatan Peguam Negeri Sarawak.

Pihaknya akan sentiasa memantau aktiviti tersebut dengan teliti dan akan terus menjalanka­n operasi bersama pihak polis dan EIU untuk membendung jenayah berbahaya ini.

Mereka yang didapati bersalah mencuri elektrik akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda RM100,000 dan atau lima tahun penjara.

SESCO meminta kerjasama awam untuk terus melaporkan aktiviti kecurian elektrik yang mencurigak­an melalui hotline pihaknya di talian 082-443535. KUCHING: Tender projek bekalan air bersih dan terawat di Rumah Edward Ekau, Suai di daerah Niah dijangka dikeluarka­n pada September 2018.

Kementeria­n Utiliti berkata, sebelum ini cadangan projek tersebut diluluskan di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tetapi status projek dikaji semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak ( JBALB) di bawah Kementeria­n Utiliti telah mengemukak­an cadangan untuk projek bekalan air bersih dan terawat kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Projek ini di bawah program ‘CM Walkabout’ dan sudah mendapat kelulusan daripada Ketua Menteri Sarawak ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg),” menurut kenyataan kementeria­n di sini, semalam.

Kementeria­n Utiliti bersama JBALB Bahagian Miri sentiasa berusaha mengatasi masalah air di kawasan yang terjejas.

Pihak pengguna dimohon terus menghubung­i JBALB Bahagian Miri untuk proses penghantar­an air dan boleh menghubung­i Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan air mineral.

Selain itu, penduduk turut disarankan mengambil langkah-langkah penjimatan dalam penggunaan air.

 ??  ?? BERJAYA DIKESAN: Juruteknik SESCO membuang torehan terus pada kabel SESCO sambil disaksikan oleh inspektor daripada EIU dan polis.
BERJAYA DIKESAN: Juruteknik SESCO membuang torehan terus pada kabel SESCO sambil disaksikan oleh inspektor daripada EIU dan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia