Utusan Borneo (Sarawak)

PPIM desak KPDNHEP pantau individu ejen penarik kereta Persatuan khuatir individu yang diberi kuasa menyalah guna permit

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau isu salah laku individu penarik kereta atau Ejen Pemilikan Semula (EPS).

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan mendakwa ramai individu penarik kenderaan gagal mengemukak­an permit EPS dan surat rasmi daripada pihak bank ketika bertugas menarik kereta.

“Ini adalah penindasan kepada pengguna...individu yang diberi kuasa dan mempunyai permit itu, wajib mengikut kod etika dan tatacara yang ditetapkan.

“Kita tidak mengetahui berapa ramai pemegang permit yang sah di seluruh Malaysia, malah kita khuatir jika ada individu menyalahgu­nakan permit itu,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata setiap pemegang permit EPS harus mematuhi kod etika ketika bertugas seperti mempamerka­n permit, dilarang menggunaka­n segala bentuk kekerasan dan berpakaian kemas.

PPIM antara lain turut mendesak agar KPDNHEP mengeluark­an statistik jumlah pemegang permit sah dan permit yang ditarik ba- lik sebagai panduan kepada pengguna.

Mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010), manamana individu yang ingin menjalanka­n aktiviti pemilikan semula barangan yang terkandung dalam Perjanjian Sewa Beli, perlu mempunyai kebenaran yang dikeluarka­n KPDNHEP.

Sebelum ini, tular video membabitka­n ketua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang mematahkan cubaan dua penarik kereta tidak bertauliah ‘merampas’ sebuah kereta.

Nadzim berkata susulan kejadian itu ramai pengguna tampil mengadu berhubung salah laku EPS. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERAKUAN: Nadzim menunjukka­n contoh kad permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) pada sidang media di Villa Puteri Kondominiu­m semalam.
— Gambar Bernama PERAKUAN: Nadzim menunjukka­n contoh kad permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) pada sidang media di Villa Puteri Kondominiu­m semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia