Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar ditahan berhampira­n tandas pusat rekreasi

-

MARAN: Hasrat seorang penganggur untuk mengedar dadah di daerah ini tidak kesampaian apabila ditahan dalam serbuan berhampira­n tandas di pusat rekreasi Lubuk Ujid di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Norzamri Abd Rahman berkata suspek berumur 50 tahun itu dipercayai sedang menunggu pembeli di dalam kereta jenis Proton Saga semasa serbuan pada jam 2.30 petang.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek yang berasal dari Manir, Terengganu cuba melarikan diri, namun gagal kerana kunci kereta telah dirampas. Dia juga melawan semasa tangkapan dibuat.

“Hasil serbuan, polis mer- ampas dadah jenis heroin yang dianggarka­n seberat 272 gram, syabu ( 31.65 gram) dan pil kuda (37.21 gram) bernilai RM18,397 yang disembunyi­kan dalam dashboard dan tempat letak kaki kereta itu.

“Dadah tersebut dipercayai diperoleh daripada pembekal di Gombak, Selangor untuk edaran di kawasan Felda sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini, semalam.

Norzamri berkata polis juga merampas kereta yang dinaiki suspek, sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM401, dengan nilai keseluruha­n rampasan RM39,158.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mem- punyai 26 rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah, selain turut positif dadah jenis Methamphet­amine.

Katanya, lelaki itu juga dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Terengganu dan baharu tiba di sini kelmarin, untuk mencari pelanggan baharu.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengetahui sama ada suspek bertindak sendirian atau mempunyai rakan subahat,” katanya.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dilakukan menerusi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­k hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Supt S. Somu (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan dipercayai milik PDRM yang digunakan suspek untuk menyamar sebagai anggota polis bagi melakukan jenayah samun dan parang yang dirampas daripada kumpulan suspek kes samun pada sidang media di...
— Gambar Bernama BUKTI: Supt S. Somu (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan dipercayai milik PDRM yang digunakan suspek untuk menyamar sebagai anggota polis bagi melakukan jenayah samun dan parang yang dirampas daripada kumpulan suspek kes samun pada sidang media di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia