Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mahu bawa pulang 161 rakyat Malaysia secepat mungkin

-

SUNGAI PETANI: Rakyat Malaysia, yang terkandas akibat gempa bumi kuat di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas, akan ditempatka­n di satu penempatan khas sebelum dibawa pulang secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan memastikan segala urusan membawa pulang kira-kira 161 rakyat Malaysia itu berjalan lancar.

“Penempatan yang akan diadakan itu bagi melicinkan kerja-kerja membawa pulang mereka secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, di sini, semalam.

Pada Ahad lepas, gempa bumi bermagnitu­d 7 pada Skala Richter menggegark­an Pulau Lombok, Indonesia yang meragut nyawa lebih 90 penduduk.

Gempa bumi yang berlaku jam 6.46 petang waktu tempatan itu berlaku di 27 kilometer Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat.

Wan Azizah berkata, ketika ini kerajaan sedang menunggu permohonan daripada kerajaan Indonesia bagi tujuan menghulurk­an bantuan kepada negara itu.

“Memang ada tawaran yang kita bagi tapi mereka belum lagi buat permohonan untuk kita ke sana bagi menghulurk­an bantuan yang perlu,” katanya.

Sambil mengucapka­n takziah kepada Indonesia, Wan Azizah berharap rakyat negara ini dapat belajar daripada kejadian itu dan sentiasa

Memang ada tawaran yang kita bagi tapi mereka belum lagi buat permohonan untuk kita ke sana bagi menghulurk­an

perlu. ” bantuan yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana.

“Kita berjiran dengan mereka dan saya berharap rakyat akan sentiasa mengambil langkah siap sedia itu,” katanya.

Mengulas kedudukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata banyak pihak yang sudi mengosong dan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar berikutan kemenangan­nya tanpa bertanding jawatan itu.

“Memang banyak tawaran kerusi tetapi kita belum lagi buat keputusan dan dia (Anwar) sendiri belum buat keputusan untuk bertanding di kerusi mana,” katanya.

Sebelum ini, Wan Azizah berkata, beliau akan terus memegang jawatan dalam Kabinet dan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Pandan manakala anaknya, Nurul Izzah pula akan terus berkhidmat di Parlimen Permatang Pauh sehingga akhir penggal lima tahun.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar meluluskan RM200,000 untuk penambahba­ikan laluan evakuasi di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda.

Selain itu, pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Muda juga akan ditambah baik.

Pada 26 Dis, 2004 seramai 11 orang penduduk Kuala Muda terkorban dalam tragedi tsunami selepas gempa bumi yang melanda Acheh, Indonesia dan turut mengorbank­an hampir 300,000 nyawa.

Turut hadir, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Salahuddin (tengah) bergambar kenangan bersama agen-agen pengembang­an pertanian Jabatan Pertanian pada Majlis Perasmian ‘Empowering Of Agricultur­e Extension’ 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat Serdang, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Salahuddin (tengah) bergambar kenangan bersama agen-agen pengembang­an pertanian Jabatan Pertanian pada Majlis Perasmian ‘Empowering Of Agricultur­e Extension’ 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat Serdang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Dr Wan Azizah bergambar bersama murid-murid sekolah pada Majlis Perasmian Penutup Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Dr Wan Azizah bergambar bersama murid-murid sekolah pada Majlis Perasmian Penutup Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia