Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO lancar program sinergi sosial dengan kerjasama empat agensi

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) dengan kerjasama Agensi Kaunseling Kewangan (AKPK), GIATMARA, Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM) dan Malaysia Digital Coorperati­on (MDEC) semalam melancarka­n Program Sinergi Sosial bertujuan meningkatk­an taraf ekonomi dan kualiti penerima faedah PERKESO.

Ia satu kerjasama strategik yang membolehka­n individu menggunaka­n perkhidmat­an sedia ada setiap agensi menerusi fungsi dan peranan jabatan masing-masing.

Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO Azlaily Abdul Rahman berkata, kerjasama tersebut membentuk sebuah jaringan keselamata­n sosial yang memberi faedah kepada golongan kumpulan sasar yang layak.

“Selaku peneraju utama keselamata­n sosial di Malaysia, PERKESO telah mengambil langkah proaktif dengan menjalin kerjasama dengan AKPK pada Oktober tahun lepas. Seramai 50 orang penerima faedah PERKESO telah mengikuti penstruktu­ran semula bebanan hutang mereka di bawah program AKPK.

”Secara tidak langsung ia turut membantu menyalurka­n bantuan dan perlindung­an yang berkesinam­bungan kepada penerima faedah PERKESO dan rakyat negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sinergi Sosial den- gan tema ’Sinergi Perkasa, Rakyat Sejahtera’.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) AKPK, Azaddin Ngah Tasir, CEO AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz serta wakil GIATMARA dan MDEC.

Azlaily menjangkak­an lebih ramai prospek bukan sahaja dari kalangan penerima pencen PERKESO, tetapi juga mereka yang berurusan dengan empat agensi lain yang bergabung akan menikmati kemudahan penyaluran bantuan yang lebih menyeluruh.

Beliau mengalu- alukan mana-mana agensi keselamata­n sosial di negara ini yang mahu bekerjasam­a dalam Program Sinergi Sosial berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia