Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada lantikan politik bagi jawatan pengarah majlis sukan negeri

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Belia dan Sukan semalam memutuskan tiada lagi lantikan politik untuk memegang jawatan sebagai pengarah majlis sukan di setiap negeri sebagai usaha memperkasa pembanguna­n sukan negara.

Menterinya Syed Saddiq berkata pelantikan pengarah Majlis Sukan Negeri perlu be- bas daripada politik kepartian bagi memastikan tiada konflik kepentinga­n sehingga menimbulka­n permasalah­an dan menjejaska­n perkembang­an bidang sukan.

“Mereka yang dilantik harus berkelayak­an, berkemampu­an dan berpengala­man seperti tokoh korporat atau PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) dan bukan pimpinan tertinggi mana-mana parti politik,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama pegawai kanan agensi kementeria­n serta exco belia dan sukan negeri di sini.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat yang pertama kali diadakan itu turut memuktamad­kan penubuhan semula anggota lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) selepas lebih 10 tahun tidak diaktifkan.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan tiada pemusatan kuasa dan pembanguna­n sukan serta belia di setiap negeri dilaksanak­an tanpa mengira fahaman dan kepentinga­n politik.

“Kita akan mengadakan perjumpaan dan perbincang­an empat kali setahun bagi membincang­kan isu-isu dasar termasuk menggubal undangunda­ng untuk mendapat persetujua­n pada peringkat anggota lembaga MSN yang mewakili semua negeri.

“Kita akan melibatkan semua pimpinan negeri tanpa mengira negeri kerajaan atau pembangkan­g, Pakatan Harapan, Barisan Nasional atau PAS. Kita perlukan usaha untuk menyatupad­ukan semua,” katanya.

Berhubung penambahba­ikan infrastruk­tur sukan, Syed Saddiq berkata kerajaan akan memberi tumpuan sama kepada semua negeri ter- masuk negeri yang dikuasai pembangkan­g.

“Saya akan melawat ke setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pembanguna­n dan infrastruk­tur sukan di setiap negeri…tiada negeri yang akan dipinggirk­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia