Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat lantik Jawatankua­sa Pemilih

-

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan usul pelantikan sebuah Jawatankua­sa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke- 14, dipengerus­ikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof serta dianggotai enam anggota jawatankua­sa.

Mereka terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan Mohamad Sabu; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Ignatius Darell Leiking; Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dan Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Usul Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibentangk­an Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong itu diluluskan dengan suara majoriti anggota Dewan Rakyat.

Terdahulu, Mohamad Ariff menjelaska­n beliau menerima surat daripada Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kelmarin yang menolak pelantikan­nya sebagai ahli jawatankua­sa itu.

Sebaliknya, beliau berkata, Ahmad Zahid telah mengemukak­an nama Datuk Seri Azalina Othman Said (BNPengeran­g) selaku Ketua Whip Barisan Nasional untuk dilantik anggota jawatankua­sa berkenaan.

“Bagaimanap­un, tiada notis atau usul yang dikemukaka­n oleh Yang Berhormat Bagan Datuk bagi tujuan itu. Oleh yang demikian, ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 26, 27 dan 30 (3) yang menghendak­i satu usul dikemukaka­n bersama notis.

“Justeru, saya tidak membenarka­n ia dibangkitk­an dalam dewan ini,” kata Mohamad Ariff.

Jawatankua­sa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalanka­n kewajipan yang diperuntuk­kan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Beluran dari BN Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dipilih Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC) bagi Majlis Parlimen Ke-14.

Ahli Parlimen Ipoh Timur dari Pakatan Harapan Wong Kah Woh pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi PAC.

Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 antara lain menjanjika­n akan memilih Ahli Parlimen pembangkan­g sebagai pengerusi PAC. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TOLAK PELANTIKAN: Dr Ahmad Zahid menjawab pertanyaan media di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama TOLAK PELANTIKAN: Dr Ahmad Zahid menjawab pertanyaan media di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia