Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan lihat langkah naik taraf pusat Internet daif, tidak berfungsi

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia sedang melihat langkah-langkah untuk menaik taraf pusat Internet yang dibina kerajaan di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif atau tidak lagi berfungsi.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata ini bagi membolehka­n objektif meningkatk­an penggunaan internet untuk melahir masyarakat berasaskan pengetahua­n dapat dimaksimum­kan.

“Saya ada menerima aduan bahawa terdapat pusat internet yang ditutup dan dalam tempoh dua bulan lepas saya telah meminta supaya permasalah­an ini dilihat semula supaya program ini dapat membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAPKampar) mengenai banyak Pusat Internet 1Malaysia tidak diselengga­ra dengan baik, malah ada yang ditutup.

Terdahulu, Gobind berkata sehingga kini, sebanyak 860 pusat internet berkenaan siap dibina dan beroperasi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Gobind berkata kerajaan juga giat meneruskan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar dan Jalur Lebar Luar Bandar di bawah inisiatif peluasan jalur lebar talian tetap yang menyediaka­n infrastruk­tur jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20 Megabits sesaat (Mbps) di kawasan pinggir dan luar bandar.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 9,552 sambungan telah tersedia di Sarawak, manakala 16,056 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaa­n

“Inisiatif peluasan liputan selular dan jalur lebar mudah alih juga dilaksanak­an yang melibatkan pembinaan menara telekomuni­kasi baharu dan penaiktara­fan menara sedia ada,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Aaron Ago Dagang (PRS-Kanowit) yang bertanyaka­n adakah kerajaan Pakatan Harapan masih menunaikan dasar dan pelan pembanguna­n bagi perkhidmat­an telekomuni­kasi Sarawak selaras dengan dasar dan hasrat kerajaan negeri untuk membangunk­an program digital ekonominya.

Gobind berkata pada masa ini, sebanyak 412 menara telekomuni­kasi baharu siap dibina dan diaktifkan, manakala 57 buah menara dalam peringkat pelaksanaa­n di Sarawak.

Selain itu, sebanyak 1,058 menara sedia ada telah dinaik taraf liputan perkhidmat­an sehingga 4G, manakala 131 menara sedia ada masih dalam peringkat penaiktara­fan di negeri itu.

“Dengan pembinaan menara baharu dan penaiktara­fan menara meliputi perkhidmat­an 3G dan 4G, rakyat akan menikmati perkhidmat­an internet yang lebih laju dan stabil sehingga 100 Mbps,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia