Utusan Borneo (Sarawak)

Penjimatan pembinaan LRT3 ambil kira faktor ‘menang-menang’

-

KUALA LUMPUR: Penjimatan dan rasionalis­asi kos pembinaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sehingga hampir 50 peratus telah mengambil kira faktor saling menguntung­kan ( menangmena­ng) semua pihak yang terlibat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penjimatan kos bagi pihak kerajaan itu bagaimanap­un tidak menjejaska­n keberkesan­an projek berkenaan kepada rakyat dan memenuhi standard piawaian yang ditetapkan.

“Yang lebih penting kalau lihat skop asal, ia LRT tetapi stesennya macam MRT, mengapa kita buat LRT tetapi nak buat stesen macam MRT, apa maksudnya? Bukankah ini satu pembaziran yang kita tak perlu tanggung buat masa ini?” katanya pada Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang ingin tahu sama ada langkah kerajaan ini boleh dikira sebagai satu penjimatan sedangkan banyak skop asal projek telah dikurangka­n spesifikas­inya.

Sebagai langkah penjimatan, Lim antara lain berkata projek LRT3 sepanjang 37 kilometer akan hanya melibatkan pembelian 22 set 3-koc berbanding 42 set 6-koc sebelum ini dan tempoh siap pembinaan dilanjutka­n daripada 2020 ke 2024.

Lim menyifatka­n penjimatan kos projek berkenaan yang kini dianggarka­n hanya sebanyak RM16.63 bilion berbanding sebelum ini RM31.65 bilion, adalah satu kejayaan besar kerajaan Pakatan Harapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia