Utusan Borneo (Sarawak)

Bung Moktar berang selepas diganggu pertanyaan Willie Mongin

-

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Ahli Parlimen Kinabatang­an Datuk Seri Bung Moktar Radin mengeluark­an kata-kata kesat kepada seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Episod kekecohan berkenaan bermula sewaktu Bung Moktar bangkit mencelah Khairy Jamaluddin ( BNRembau) yang baharu memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018.

Beliau menjelaska­n mengenai harga barangan di Pasar Borong Selayang yang menurutnya lebih murah sewaktu dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum diganggu Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) yang bertanya ’bukan kasino ke?’.

Bung Moktar yang tidak berpuas hati dengan soalan berkenaan meminta Willie menarik balik kenyataann­ya serta menyifatka­n beliau tidak layak untuk berada di dalam Dewan Rakyat.

“Biadap. Ini kurang ajar, tarik balik, Yang Berhormat tidak layak duduk sini, samseng. What you want? You nak gaduh dengan saya? f*** you! kau salah orang,” katanya.

Kata-kata kesat Bung Moktar mendapat reaksi ramai Ahli Parlimen PH yang mahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menghalau Bung Moktar keluar dari dewan.

Bagaimanap­un, Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mencelah berkata, Willie telah melanggar Perkara 36 (9) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, yang menyebut bahawa dalam apa-apa perbahasan, sifat dan kelakuan seorang Ahli Parlimen tidak boleh disebut.

Su Keong Siong (PH-Kampar) kemudian bangun mencelah berkata Bung Moktar tidak perlu marah sekiranya beliau tidak buat perkara yang telah disebut Willie.

Mohd Rashid kemudian menangguhk­an sesi pagi sidang dewan sebelum meminta Bung Moktar menarik balik perkataan berkenaan selepas sidang dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Bung Moktar akur dengan arahan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CELAHAN: Willy bersama Bung Moktar bertengkar ketika Akta Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sedang dibahaskan di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama CELAHAN: Willy bersama Bung Moktar bertengkar ketika Akta Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sedang dibahaskan di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia