Utusan Borneo (Sarawak)

Nga tegur kelembutan Ngeh kendali sidang DUN Perak

-

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Aulong Nga Kor Ming menegur sikap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang disifatkan­nya terlalu berlembut mengendali­kan persidanga­n DUN.

Nga yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat mendakwa budi bicara Ngeh telah disalahgun­akan atau dieksploit­asi oleh pembangkan­g sehingga mengambil masa selama satu jam untuk menjawab satu soalan pada sesi soal jawab.

“Saya perhatikan 40 minit sesi soal jawab hanya jawab satu soalan sahaja, ini menunjukka­n pembangkan­g tidak menepati janji mereka untuk menjadi pembangkan­g yang konstrukti­f.

“Jangan terlalu ‘ ber- murah hati’. Saya tahu beliau ( Ngeh) berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi semua permintaan tidak munasabah dibuat pembangkan­g,” katanya dalam sidang media di luar Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Perak yang ke-14 di sini, semalam.

Beliau berkata setiap ADUN perlu mematuhi semua Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Kita yang bergelar Yang Berhormat jaga tingkah laku mesti tahap seperti Yang Berhormat. Jangan lupa rakyat hari ini boleh pilih kamu, esok rakyat boleh tolak kamu?” katanya.

Dalam pada itu, Nga turut menzahirka­n rasa kecewa dengan Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor- kan menolak tawaran menjadi pengerusi Jawatankua­sa Kira- kira Wang Negara (PAC) yang disifatkan satu jawatan berprestij.

“Ia ( jawatan pengerusi PAC) memainkan peranan penting untuk semak dan imbang, tetapi terpulang kepada rakyat membuat penilaian kenapa ketua pembangkan­g tidak berani ambil peluang memikul jawatan berkenaan,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata, Ahmad Zahid menolak jawatan itu antara lain kerana beliau bekas menteri Kabinet sebelum mencadangk­an bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee sebagai calon tunggal pembangkan­g untuk jawatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia