Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sekolah sembunyi kes demi menjaga nama baik

-

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ( JPNK) menafikan terdapat sekolah yang sengaja menyembuny­ikan sesuatu kes yang berlaku semata-mata demi menjaga nama baik sekolah.

Pengarahny­a Muhammad Zahari Othman berkata, kebanyakan kes yang tular menerusi media sosial hanyalah andaian dan mungkin dilakukan dengan niat tertentu.

Beliau berkata, sebenarnya pihak sekolah akan melaporkan sesuatu kes melalui sistem yang sudah ditetapkan dan tidak pernah cuba menyembuny­ikan apa- apa sebagaiman­a didakwa sesetengah pihak.

“Kadang-kadang sesuatu kes atau isu sengaja ditular walaupun ia lebih bersifat persepsi dan tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Integriti Pengetua dan Guru Besar Serta Pelancaran Poster Disiplin Kolaborasi JPNK, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Peringkat Negeri Kelantan 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Mengenai seminar itu, Muhammad Zahari berkata, seramai 711 pentadbir dari 595 sekolah di negeri ini menghadiri­nya sebagai sebahagian daripada proses pemantapan dalam sistem pengurusan aduan, tindakan tatatertib serta pengurusan kes disiplin.

“Sebenarnya kes disiplin yang berlaku tidaklah serius dan ringan serta masih pada tahap terkawal. Banyak kes hanya ditangani melalui pemuafakat­an antara ibu bapa serta. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Kalau ada kes dalam kalangan murid dan pelajar kebanyakan hanya kes ponteng kelas dan sekolah iaitu ponteng kelas biasanya membabitka­n murid sekolah rendah manakala ponteng sekolah adalah pelajar sekolah menengah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia