Utusan Borneo (Sarawak)

Enam varieti hibrid tingkat pengeluara­n kelapa dalam negara

-

IPOH: Enam varieti kelapa hibrid iaitu Careni, Careca, Mylag, Marleca, Myleca dan Marena yang dihasilkan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diyakini dapat menampung permintaan terhadap kelapa di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Kajian) Mardi, Dr Kamariah Long berkata enam varieti hasil kajian hampir 10 tahun itu mampu menghasilk­an 20,000 biji kelapa bagi setiap jenis, selain boleh ditanam dalam kepadatan lebih tinggi kerana saiz pokoknya yang rendah.

Kamariah berkata, permintaan dalam negara keatas komoditi itu adalah sebanyak 600 juta tan setahun sedangkan negara hanya mampu mengeluark­an 500 tan.

“Kita kekurangan 100 juta tan kelapa setiap tahun. Enam varieti kelapa yang diperk- enalkan ini dijangka dapat membantu meningkatk­an pengeluara­n kelapa dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Kelapa Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Kamariah berkata kelapa terkenal sebagai tanaman yang mempunyai pelbagai kegunaan.

“Daripada isi sehingga sabut, sama ada sebagai makanan atau untuk kegunaan dalam bidang kosmetik.

“Kelapa dara mendapat permintaan yang tinggi. Produk ‘nata de coco’ yang juga dihasilkan daripada kelapa, telah dieksport ke Jepun,” katanya.

Persidanga­n kali kedua itu dihadiri seramai 250 peserta daripada pelbagai bidang serta menampilka­n pembentang­an 19 tajuk kertas kerja dan 26 tajuk poster. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia