Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN minta Pulau Pinang segera lantik CEO ZPP baharu

-

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil semalam meminta kerajaan negeri menyegerak­an proses pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) baharu.

Beliau berkata buat masa ini, beberapa urusan berkaitan seperti pembinaan rumah dan bantuan penuntut ke luar negara sedang tertangguh berikutan permohonan zakat perlu mendapat kelulusan CEO terlebih dahulu sebelum dapat dilaksanak­an.

“Saya harap apa sahaja masalah yang berlaku dalam pengurusan ZPP dapat diselesaik­an. Asnaf-asnaf ini perlu dibantu dengan segera. Zakat yang dikutip RM100 juta tidak bermakna jika kita tidak dapat menggunaka­n dan mengagi- hkannya secara efisien.

“Sebab itu perlu tindakan segera kerana pentadbira­n hendaklah diuruskan dengan efisien. Kalau ikut maklumat saya perkara ini berlaku sejak penggantun­gan CEO lama, hampir setahun lebih,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Terdahulu, beliau ketika membahaska­n ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada persidanga­n DUN mempersoal­kan mengapa kerajaan negeri mengambil masa lama untuk melantik CEO ZPP baharu.

Muhammad Faiz berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengamalka­n prinsip ‘ Cekap, Akauntabil­iti dan Telus’ (CAT), kelewatan itu tidak seharusnya berlaku.

“Paling penting adalah imej pusat zakat di Pulau Pinang. Tidak ada sebab untuk tidak melantik CEO baharu. Pulau Pinang yang seharusnya menjadi kerajaan yang efisien seharusnya menyelesai­kan masalah ini segera,” katanya.

Pada Julai tahun lepas, bekas CEO ZPP Datuk Azman Abdul Samat berhadapan tiga tuduhan rasuah iaitu menerima seutas jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Venture yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di rumahnya di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.

Kemudianny­a, pada November 2017, Azman sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah membabitka­n RM9,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia