Utusan Borneo (Sarawak)

MBAS tawar rebat cukai pintu sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2018

-

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan rebat cukai pintu kepada pemenang yang berjaya menghiasi premis mereka penuh patriotik sempena Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 mulai 1 Ogos hingga 16 Sept depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Tan Kok Yew berkata bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, orang ramai bebas menggunaka­n kreativiti masing-masing agar premis mereka kelihatan menarik dan seterusnya menikmati rebat cukai pintu yang ditawarkan.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan ( PBT) telah menerima surat pekeliling supaya premis di dalam PBT mereka menghiasi dan mengibarka­n Jalur Gemilang dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’, katanya yang ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Terima Pelantikan Anggota Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini, semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad.

Pada majlis itu, seramai 24 individu terdiri daripada komponen politik Pakatan Harapan (PH), badan bukan kerajaan (NG0) dan pegawai kerajaan yang dilantik (ex-officio) sebagai Anggota Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2018- 2019.

Kok Yew berkata bagaimanap­un, kadar rebat cukai pintu yang akan diberikan adalah bergantung kepada jumlah cukai pintu penerima tersebut dan jika bawah paras RM100 berkemungk­inan akan diberi rebat 100 peratus.

“Orang ramai boleh menghubung­i kakitangan di Bahagian Korporat MBAS pada talian 04- 7203828 untuk mengetahui maklumat lanjut dan membuat penilaian,” katanya.

Selain itu, beliau menggesa supaya Jabatan Landskap Negara dapat mempercepa­tkan kerja- kerja pembanguna­n Projek Landskap Negara meliputi lapan kawasan di Alor Setar seperti di Bulatan Teluk Wanjah, Medan Tunku, Star Walk, Sungai Raja dan Jalan Sultan Badlishah.

Katanya berdasarka­n perancanga­n, beberapa premis telah dikosongka­n MBAS sejak Mac tahun lepas dan projek tersebut dijadualka­n siap sebelum 31 Ogos ini bagi membolehka­n perarakan hari kemerdekaa­n diadakan di kawasan itu.

“Kita minta kerjasama pihak kontraktor untuk mempercepa­tkan proses menyiapkan projek tersebut kerana ada kelewatan dan ini telah mengganggu lalu lintas serta urusniaga peniaga di sekitar kawasan itu terutama di Starwalk,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANTIKAN: Kok Yew (dua, kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Datuk Mohd Ziyad Ismail, 49, pada Majlis Angkat Sumpah Terima Pelantikan Anggota Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2018-2019, di Dewan Persidanga­n MBAS, semalam.
— Gambar Bernama PELANTIKAN: Kok Yew (dua, kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Datuk Mohd Ziyad Ismail, 49, pada Majlis Angkat Sumpah Terima Pelantikan Anggota Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2018-2019, di Dewan Persidanga­n MBAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia