Utusan Borneo (Sarawak)

Fekir akui berasa gembira di Lyon, mengalu-alukan musim yang berjaya

-

LYON: Kapten Lyon Nabil Fekir menegaskan dia gembira di kelab itu dan mengalu-alukan musim yang berjaya walaupun spekulasi sedang berkisar mengenai masa depannya.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu, seorang anggota skuad Perancis yang memenangi Piala Dunia, nyaris berhijrah ke Liverpool pada Jun lalu sebelum rundingan gagal.

“Seperti apa yang anda dapat lihat, saya berada di Lyon. Saya sangat gembira di sini,” kata Fekir dalam satu temu ramah dalam laman sesawang kelab ketika dia kembali berlatih kelmarin.

“Namun perjalanan masih jauh lagi dalam jendela perpindaha­n dan segalanya berlaku dengan sangat cepat dalam bola sepak.”

Chelsea dilaporkan turut berminat kepada Fekir dalam usaha Maurizio Sarri untuk menguatkan lagi pasukannya sebelum tarikh perpindaha­n bagi Liga Perdana Inggeris berakhir esok (Khamis).

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan tetapi saya sangat selesa di Lyon. Saya rasa amat bagus di dalam skuad ini,” kata Fekir.

“Kita ada pemain yang sangat bagus dan suasana di sini bagus. Ia sama sedikit seperti di dalam pasukan Perancis, ada campuran pemain lebih tua dan pemain lebih muda, dengan beberapa pemain yang lebih berpengala­man berbanding pemain lain.”

Lyon kembali bermain dalam Liga Juara-Juara pada musim ini selepas tidak layak pada musim lepas, dan Fekir menyasari kempen yang jauh lebih berjaya berbanding penyingkir­an mereka pada peringkat kumpulan pada 2016-17.

“Ia adalah penting untuk bermain di dalamnya. Kami bernasib baik kerana dapat bermain dalam pertanding­an yang mengagumka­n ini. Saya harap kami akan mempamerka­n prestasi yang sangat baik dan menyasari kedudukan setinggi mungkin.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia