Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet termuda negara intai pingat papan selaju Sukan Asia

-

KUALA LUMPUR: Atlet papan selaju, Ian Nuriman Amri menjadi atlet termuda kontinjen negara ke Sukan Asia 2018, namun itu tidak menghalang­nya meletakkan keyakinan tinggi bagi memperoleh­i pingat pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Atlet cilik berusia 11 tahun itu dengan yakin dan tenang berkata beliau meletakkan sasaran memenangi pingat emas, atau sekurang-kurangnya perak pada sukan terbesar di Asia itu.

Ian merupakan antara empat atlet papan selaju yang bakal mencipta sejarah apabila acara itu dipertandi­ngkan di Sukan Asia buat julung kali bermula dari 28 hingga 29 Ogos ini di Skatepark, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.

Untuk menjadikan penampilan pertamanya penuh bermakna, beliau yang mula menceburi sukan itu seawal empat tahun itu, kini sedang mengikuti latihan keras selama lima hingga enam jam sehari bagi menyaingi pencabar yang berkemungk­inan berusia lebih dua kali ganda berbanding dirinya.

“Saya gembira untuk mewakili negara kerana bukan senang nak dapat peluang besar macam ini pada usia muda. Saya minat skateboard kerana ayah saya (juga) main, beliau tidak paksa tetapi menjadi pendorong (saya).

“Saya tidak takut melawan atlet yang lebih tua dan berpengala­man..saya dah banyak kali lawan dan mencatatka­n kemenangan menentang atlet yang lebih tua. Malah, kawankawan saya ramai yang berusia lebih tua dari saya, hanya beberapa orang sahaja yang sebaya saya,” katanya kepada Bernama.

Apabila ditanya mengenai risiko kecederaan dalam sukan ekstrem itu, Ian yang akan mengambil bahagian dalam acara ‘park’ dan ‘street’ lelaki, berkata beliau sudah biasa dengan kecederaan ringan yang kerap kali dialami oleh para atlet papan luncur.

“Ramai yang tak nak main papan selaju selepas jatuh. Nama pun dah sukan ekstrem, kalau tidak jatuh, bukan sukan ekstrem...saya pernah jatuh banyak kali, tetapi bernasib baik kerana alami kecederaan ringan sahaja.

Main papan selaju ini mempunyai keseronoka­n tersendiri seperti menikmati angin ketika laju. Kalau tidak ada kereta, kita boleh sahaja naik papan selaju untuk pergi bekerja atau ke mana-mana,” katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Tiara Permai, Sentul itu turut memasang impian untuk mewakili negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, selepas sukan itu bakal dipertandi­ngkan buat kali pertama pada edisi 2020 Tokyo. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI MEMUKAU: Ian melakukan lompatan pada sesi latihan bagi persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Kompleks Rakan Muda Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama AKSI MEMUKAU: Ian melakukan lompatan pada sesi latihan bagi persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Kompleks Rakan Muda Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia