Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Asia 2018: Syed Saddiq akan mengumumka­n sasaran pingat kontinjen negara Jumaat ini

-

KUALA LUMPUR: Sasaran pingat emas ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 masih menjadi teka-teki biarpun edisi ke-18 temasya sukan itu bakal berlangsun­g secara rasmi pada 18 Ogos ini.

Ketua kontinjen negara (CDM) ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi masih ‘mengunci mulut’ tentang sasaran kutipan pingat emas itu dan ia hanya akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Jumaat ini.

“Sasaran ini akan dimaklumka­n oleh Menteri Belia dan Sukan. Jadi, sehingga tempoh berkenaan kita tunggu dulu saya tidak ada sebarang maklumat terkini mengenai sasaran pingat.

“Sasaran diumumkan ini disediakan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara. Semalam sewaktu berjumpa dengan menteri (Syed Saddiq) kita merumuskan sama ada ia realistik ataupun tidak dan satu ketetapan telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan pena- jaan kasut Bata Primavera Malaysia kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, di Wisma OCM, di sini semalam.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nafizuddin Najib; Pengurus Bata Malaysia, Ajay Ramachandr­an serta Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Korporat Bata Primavera Shd Bhd Datuk James Selvaraj.

Pada majlis itu, kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang menerima 650 pasang kasut sukan Power dan 650 pasang kasut kulit bagi upacara rasmi daripada BATA.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Azim berkata 418 atlet negara akan bersaing pada Sukan Asia 2018, berbanding 421 atlet yang diumumkan sebelum ini ekoran kecederaan dialami atlet.

Menurut beliau, tiga atlet tidak akan menyertai Sukan Asia Jakarta-Palembang adalah ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong; jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Senthil Kumaran daripada sukan karate.

Kontinjen negara kehilangan Chong Wei ekoran masalah pernafasan dan dinasihatk­an doktor untuk berehat, disusuli Jun Hoong ekoran kecederaan lutut kiri dialaminya tiga minggu lalu yang masih belum pulih sepenuhnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI TINGGI: Norza (tiga kiri) bersama Abdul Azim (empat kanan) dan Ajay (empat kiri) melihat kasut sukan tajaan Bata pada Majlis Penajaan Bata kepada Kontinjen Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Wisma MOM, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI TINGGI: Norza (tiga kiri) bersama Abdul Azim (empat kanan) dan Ajay (empat kiri) melihat kasut sukan tajaan Bata pada Majlis Penajaan Bata kepada Kontinjen Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Wisma MOM, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia