Utusan Borneo (Sarawak)

PSS kecewa MSNS seolah-olah belakangi persatuan bagi pembanguna­n sepak takraw

-

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan beberapa tindakan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sejak kebelakang­an ini seolaholah cuba membelakan­gkan persatuan tersebut memartabat­kan sukan sepak takraw di negeri ini lebih-lebih lagi dalam persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 bulan depan.

Presiden PSS, Tan Sri Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki berkata PSS sebelum ini bersusah payah merancang dan mengemukak­an ‘ pelan tindakan’ kepada MSNS menyediaka­n dan memantapka­n pasukan sepak takraw Sarawak bagi menghadapi SUKMA 2018.

“Pada dasar dan awalnya program kita telah diterima pakai namun semua program kita tidak dapat diteruskan dengan alasan tidak mempunyai peruntukan.

“Menjadi persoalan kita adalah jika MSNS tidak mempunyai peruntukan, mengapa mereka boleh bercadang membawa lima pemain wanita (sepak takraw) untuk sesi pendedahan di Bangkok, Thailand dengan kos puluhan ribu ringgit?

“Pada masa sama, kita (PSS) tidak diberitahu hal ini dan tiada perbincang­an dibuat sedangkan PSS adalah sebuah persatuan berkaitan secara langsung dalam penyediaan pemain lelaki dan wanita yang bertanding pada temasya SUKMA 2018,” katanya dalam kenyataan media selepas Mesyuarat Tergempar Ahli Majlis Tertinggi PSS di Ibu Pejabat PEKEMA Sarawak di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden PSS Datuk Ismail Saufi, Naib Presiden PSS Fudin Chee, Setiausaha Agung PSS Hasweera Hassan, Bendahari PSS, Wan Iskandar Wan Zain dan Ahli- ahli majlis tertinggi PSS.

Sehubungan itu, Abang Khalid mahu MSNS memberi penjelasan kepada PSS tentang perkara itu kerana ia seolah-olah tidak menghormat­i usaha dilakukan oleh PSS selama ini.

“Mengenai pendedahan pemain- pemain wanita di Bangkok. Mengapa hanya lima pemain dihantar sedangkan ada lagi pemainpema­in lain turut menyertai SUKMA di Perak? Kita dimaklumka­n, lima pemain terbabit terus terbang ke Ipoh, Perak selepas tamat pendedahan di Bangkok.

“Jadi, bagaimana keadaan pemain-pemain ditinggalk­an di Sarawak? Mereka berlatih dengan siapa? Bagaimana kita nak tingkatkan semangat berpasukan jika mereka tidak dikumpulka­n dalam latihan pusat?

“Bukan sahaja mereka tidak dapat berlatih bersama. Paling kita takuti adalah semangat ( moral) pemain- pemain ditinggalk­an akan luntur. Mengapa pemain-pemain lain pergi, mereka tidak. Kita mahukan penjelasan MSNS tentang perkara ini,” tegasnya.

Abang Khalid menjelaska­n, PSS menolak pelantikan pegawai penyelaras MSNS baharu memantau sukan sepak takraw di negeri ini seolah-olah kurang berminat akan sukan sepak takraw yang diketahui sebagai sukan warisan di negara ini.

“Kita mahukan pegawai penyelaras yang benar-benar ingin melihat perkembang­an sukan sepak takraw di negeri ini. Sentiasa kerap turun padang memantau kemajuan pemain-pemain. Pada masa sama dapat sentiasa berhubung dan berbincang dengan kita tentang perkara berkaitan sepak takraw.

“Setakat hari ini, penglibata­n pegawai tersebut berinterak­si dengan persatuan kita amat mengecewak­an. Pegawai itu tidak menghubung­i kita tentang banyak perkara. Kita hanya mengetahui apabila diberitahu pihak ketiga menerima maklumat tetapi tidak mempunyai kuasa sebagai pembuat keputusan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Khalid bimbang dengan pelantikan penolong Chef de Mission SUKMA 2018 untuk sukan sepak takraw kerana bagi PSS nama yang dikemukaka­n iaitu Ismail Saufi lebih arif tentang sukan ini termasuk kebajikan pemain- pemain dan pegawai.

“Sesiapa sahaja dilantik mestilah benar- benar berkait rapat dengan persatuan, kebajikan pemain dan pegawai. Jika kita melantik orang luar kurang pemahaman tentang sukan ini, kita bimbang memberi kesan kepada atlet-atlet dan pegawai nanti,” jelasnya.

Abang Khalid berkata, beliau sendiri bersama timbalan presiden, setiausaha agung dan bendahari PSS telah berjumpa dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyuaraka­n ketidakpua­san hati terhadap perkara tersebut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia