Utusan Borneo (Sarawak)

SBBA berusaha merekodkan pencapaian dicatat Soloman

-

KUCHING: Persatuan Bina badan Sarawak ( SBBA) berusaha merekodkan pencapaian yang dicatat oleh legenda bina badan, Soloman Esmanto sepanjang hayatnya.

Presiden SBBA, Datuk Wee Hong Seng berkata walaupun persatuan tersebut sentiasa menggabung­kan maklumat itu dalam laporan tahunannya, beliau berpendapa­t penerbitan yang dicetak dengan betul akan menjadi penghormat­an kepada perintis sukan bina badan di Sarawak itu.

Soloman, juara Mr Asia 1969 meninggal dunia pada Ahad lalu pada usia 75 tahun akibat komplikasi barah usus.

“Saya rasa kita sangat bernasib baik. Soloman sendiri sangat berhati- hati menyimpan semua anugerah dan sijilnya termasuk dan terutama mengakui prestasi cemerlangn­ya di Mr Asia di Colombo, Sri Lanka pada 1969.

“Saya bercakap dengan anaknya lebih awal dan beliau memberitah­u bap- anya mahu semua barang itu disimpan dengan baik agar cucu- cucu dapat melihat pencapaian­nya dan kenal siapa datuknya,” kata Wee ketika melawat keluarga Allahyarha­m di RPR Fasa II, Petra Jaya di sini semalam.

Menurut Wee, beliau kagum melihat pencapaian Soloman sepanjang kariernya sebagai atlet bina badan.

“Saya mempunyai perancanga­n untuk mendokumen­kan semua barang yang dimaksudka­n untuk arkib SBBA, tetapi setelah melihat semua anugerah dan gambar yang baik ini, saya percaya keluarga mereka lebih berhak untuk menyimpann­ya.

“Mungkin kita boleh tampil dengan buku foto atau sekurang- kurangnya buku kecil komprehens­if yang boleh memaparkan pencapaian legenda Bujang Taha dan presiden pertama kami ( SBBA) Dr YY Lee. Saya memberi jaminan kepada semua peminat bina badan Sarawak bahawa ini adalah usaha seterusnya selain memajukan sukan ini untuk Sarawak,” katanya.

Soloman atau nama sebenarnya Suratinan Tamin didiagnosi­s dengan barah usus pada 2014 semasa lawatan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk mendapatka­n rawatan asma.

Beliau dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas mengalami muntah. Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhirny­a jam 3.30 pagi Ahad lalu. Soloman dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Samariang dekat sini.

Hasil perkahwina­n dengan Fatimah Jalil, Soloman dikurniaka­n tujuh orang anak namun yang sulung meninggal dunia pada 2008. Difahamkan beliau mempunyai 20 orang cucu.

Pada Kejohanan Mr Sarawak 2018 diadakan April lalu, Wee mengumumka­n trofi untuk kategori susuk tegap ( Athletic Physique) dinamakan Piala Soloman sebagai penghormat­an kepada lagenda tersebut. SIBU: Seramai 40 penjawat awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) berlepas ke Bintulu hari ini (8 Ogos) menyertai Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2018 bermula 8 hingga 12 Ogos.

Berucap pada majlis penyerahan bendera di Pejabat MDLBS semalam, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai menasihatk­an anggotanya supaya menjaga tatatertib sepanjang acara Sukan PBT 2018 itu nanti.

“Sebagai seorang peserta mewakili dan membawa nama MDLBS, saya harap anda semua dapat menjaga tatatertib semasa sukan tersebut.

“Apa sahaja keputusan berlaku, terima dengan hati terbuka kerana sudah menjadi adat pertanding­an, pasti ada kalah atau menang,” katanya.

Hadir sama Setiausaha MDLBS, Justani Joni dan Ketua Pasukan Sukan MDLBS, Hiu Kee Sing.

Di samping itu, beliau yang juga penaung Kelab Sukan MDLBS menggesa anggotanya mengambil bahagian supaya mementingk­an semangat berpasukan jika mahu meraih kemenangan.

Katanya, melalui semangat berpasukan itulah yang akan membawa kejayaan lebih bermakna.

“Jika mahu menang, kita memerlukan semangat berpasukan, seperti itu juga kita dalam MDLBS. Selama ini kita telah bekerjasam­a sesama ahli dengan baik.

“Oleh itu, semangat inilah yang akan membawa kita ke satu tahap lagi,” katanya sambil berpesan kepada ketua pasukan supaya menjaga tatatertib ahli-ahli mereka.

Pasukan PBT MDLBS bergerak ke Bintulu jam 7.30 pagi ini bagi menyertai Sukan PBT 2018 yang mempertand­ingkan 17 acara seperti badminton, futsal, dart dan lain-lain.

Sebanyak 28 PBT seluruh Sarawak mengambil bahagian dalam acara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia