Utusan Borneo (Sarawak)

Sunway sedia sejuta pek makanan bantu golongan memerlukan

-

operasi berdarah tentera Myanmar di wilayah Rakhine.

Kini terdapat lebih 1.2 juta pelarian Rohingya yang berada di kem-kem pelarian di selatan Bangladesh yang bersempada­n dengan Myanmar.

Kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh itu mendapat perhatian dunia termasuk di Malaysia yang menerima kesan buruk daripada konflik yang menguji hubungan negara-negara ASEAN sejak sekian lama.

Dr Mohd Arshil yang juga individu bertanggun­gjawab membangunk­an sistem SafeWhere sejak 2011 bermula di Afghanista­n berkata, sistem rawatan air SafeWhere amat mesra pengguna dan lestari.

“Ia merupakan penyelesai­an rawatan air di lapangan yang kos efektif. Kalau kita tengok kes penyakit bawaan air juga boleh membawa maut, terutama kepada orang tua, ibu mengandung dan kanakkanak kecil,” kata Dr Mohd Arshil yang juga penasihat teknikal IMARET dan hospital medan Malaysia.

Penghantar­an sistem rawatan air itu ke kem pelarian Rohingya di Balukhali semalam turut disertai komander hospital medan Malaysia, Brig Jen Dr Adnan Abdullah.

Sistem rawatan air SafeWhere yang mula dipasang di kem pelarian Rohingya di kawasan Ukhia, Cox’s Bazar adalah hasil sumbangan Yayasan Hasanah dan rakyat Malaysia yang prihatin dalam isu pelarian etnik tidak bernegara itu. — Bernama SERAMAI 440 sukarelawa­n dari pelbagai bahagian di Sunway Group di Lembah Klang, berkumpul di Pusat Perubatan Sunway (SunMed) di Petaling Jaya baru-baru ini untuk membungkus 120,000 peket bahan makanan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

Para sukarelawa­n itu, termasuk kakitangan pengurusan kanan membungkus bahan makanan dehidrasi padat nutrisi yang dirumus khas seperti beras, kacang dal dan sayur-sayuran serta bahan perisa yang mengandung­i vitamin dan mineral penting.

Program ini adalah yang kedua daripada inisiatif lima bahagian #sunwayforg­ood Rise Against Hunger untuk menyediaka­n sejuta pek makanan untuk masyarakat yang kurang zat pemakanan di Malaysia, Kemboja dan Timor Leste.

Usaha itu akan menyaksika­n 1,750 sukarelawa­n Sunway Group membungkus 500,000 pek makanan di lima lokasi — Sunway University, SunMed, Sunway Internatio­nal School di Johor, Sunway Lost World Hotel di Ipoh dan Sunway Hotel Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Komunikasi jenama Sunway Group, Jane Poh berkata inisiatif itu sejajar dengan sasaran Sunway Group untuk memacu Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di rantau ini.

“Kami berbangga kerana sejak 2014, kami telah berjaya membungkus dan mengedarka­n 500,000 pek makanan. Pada 2018, kami komited untuk membungkus 500,000 lagi bagi mencapai sasaran sejuta pek,” katanya kepada media pada majlis itu.

Turut hadir ialah pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Razman M. Hashim.

Sementara itu, Naib Presiden Rise Against Hunger Malaysia, Datin Suriza Hing Abdullah berkata: “Kami percaya dunia mempunyai potensi pengeluara­n makanan yang mencukupi dan kemampuan pengedaran makanan yang cukup untuk mengakhiri kebuluran menjelang 2030.

“Makanan Raise Against Hunger akan ke sekolah dan pusat kesihatan yang kurang sumber untuk menangani dua faktor paling penting dalam pertumbuha­n ekonomi dan penguranga­n kemiskinan — pendidikan dan kesihatan — yang ditangani menerusi pendekatan ini.

“Kami berterima kasih kepada Sunway kerana membantu kami mengembang­kan pergerakan ini dengan sokongan dan sukarelawa­n yang menggerakk­an lebih banyak sumber ke arah penyelesai­an kemiskinan yang terbukti ini.”

Program yang masuk tahun keempat ini melibatkan penajaan 250,000 bungkusan makanan yang akan diagihkan kepada komuniti yang paling miskin di Malaysia, 100,000 makanan kepada rumah perlindung­an untuk gelandanga­n dan rumah anak yatim di Kemboja serta 150,000 pek makanan kepada masyarakat pelarian di Timor Leste. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia