Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i papar sejarah bangsa Melayu, negara Malaysia di TV2

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton melihat, mengetahui dan mengenali asal-usul sejarah kewujudan bangsa Melayu dan negara Malaysia bermula dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden hari ini menerusi dokumentar­i bertajuk ‘Warisan Emas’.

Sepanjang 13 episod siarannya, dokumentar­i yang disiarkan bermula 6 Ogos 2018, setiap Isnin, jam 4.30 petang di TV2 berkongsi memaparkan mengenai kewujudan manusia yang dikatakan bermula zaman prasejarah berdasarka­n penemuan beberapa artifak sejarah di negerinege­ri semenanjun­g Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak.

Ikuti episod permulaan di negeri Perak yang memperkata­kan mengenai kewujudan manusia yang dikatakan bermula di zaman pra sejarah dikawasan seperti Pulau Kalumpang, Kuala Gula dan Bukit Bunuh di Perak lebih kurang 1.8 juta tahun yang lampau berdasarka­n penemuan beberapa artifak sejarah seperti peralatan dari batu, manik, rangka manusia dan lainlain. Kemudian sejarah zaman pertengaha­n, kolonial dan moden Perak disusur-galurkan seperti zaman-zaman kesultanan Gangga Negara, Bruas, Dinding, Manjung dan pemerintah­an kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Kewujudan perdaganga­n antarabang­sa kesultanan tersebut dengan kerajaan Rom dan Arab Parsi dinyatakan berlaku 200 tahun sebelum masehi.

Di akhir episod dipaparkan peranan bandar Taiping dalam pembanguna­n moden Perak dan peranan hasil bumi di Perak kepada negara Malaysia sebelum dan selepas merdeka pada tahun 1957.

Di Kelantan pula cerita tentang kewujudan negeri Kelantan dan sejarah silamnya sehinggala­h ke hari ini. Kesan kesan peninggala­n sejarah di Gua Cha dan Gua Musang dikatakan berumur lebih dari 10 ribu tahun.

Kelantan juga mempunyai beberapa gelaran lain seperti Serambi Mekah, Tg Indrapura, Tanah Rendah Sekebun Bunga dan Negeri Che Siti Wan Kembang.

Sistem pengajian pondok dan penggunaan mata wang emas adalah merupakan perkara yang unik bermula di negeri tersebut pada awal kurun ke 19. Warisan senibina di istana-istana dan masjidmasj­id merupakan hasil peninggala­n kraftangan yang unik selain daripada peralatan muzik, makanan dan juga gaya bahasa yang mana tidak terdapat di negerinege­ri lain.

Di akhir episod dipaparkan bandar Kota Bharu yang terdapat pada masa sekarang.

Kunjungan di Terengganu memperkata­kan perkembang­an negeri ini sehingga ke hari ini.

Warisan sejarah dan peninggala­n bahan artifaks di Gua Bewah, Tasik Kenyir menerangka­n kewujudan dan penempatan manusia telah wujud sejak zaman Hoabinh lagi di Terengganu.

Masjid Putih di Kuala Terengganu merupakan peninggala­n sejarah tentang perkembang­an Islam di negeri ini.

Pulau Duyung pula dikatakan tapak permulaan bandar Kuala Terengganu selain dari pusat pembinaan kapal yang terkenal. Hasil senibina seperti Istana Maziah dan yang terdapat di muzium Terengganu merupakan hasil senibina yang unik oleh masyarakat tempatan di zaman dahulu.

Di akhir episod di susurgalur­kan juga salasilah kesultanan Terengganu yang dikatakan bermula dari kesultanan Pagar Ruyung dan dipaparkan bandar Kuala Terengganu pada masa ini.

Episod di Selangor menerokai sejarah warisan zaman logam Selangor yang mana beberapa tempat dimana artifak telah ditemui seperti di Banting dan Klang. Kehidupan pra sejarah yang di temui menunjukka­n Selangor telah didiami seawal abad 300 tahun sebelum masehi. Kemudian sejarah kesultanan Selangor disusur-galurkan bermula dengan kerajaan di Kuala Selangor dari keturunan kaum Bugis, Sulawasi.

Peninggala­n sejarah seperti Kota Melawati dan perkampong­an Bugis di Ujung Permatang dipaparkan. Di akhir episod dipaparkan bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mana merupakan sebahagian dari Negeri Selangor pada satu ketika dahulu.

Turut dibincangk­an mengenai kesultanan Johor-Riau yang telah bermula dan bertapak di Kota Batu, Johor Lama, Kota Tinggi pada abad ke 16. Beberapa tinggalan artifaks sejarah di kawasan tersebut dipamerkan di Muzium Negeri.

Zaman pra sejarah Johor dikatakan bermula sezaman dengan tamadun Dong Song di Vietnam.

Tun Sri Lanang dengan legasinya ‘Sejarah Melayu’ dilahirkan di Kg. Seluyut, Kota Tinggi pada zaman kesultanan Johor di abad ke 16 dan merupakan tokoh yang mahir dalam istiadat masyarakat Melayu pada masa itu.

Ikuti juga kisah peninggala­n sejarah Melaka bermula di Sg Melaka dan empayar Melaka berkembang sehingga ke Sumatera semasa zaman pemerintah­an Sultan Mansur Shah.

Pendudukan oleh orang Melayu dan kesultanan Melaka dikatakan bermula pada abad ke 13 dan bertahan sehingga ke tahun 1511 apabila ditakluki oleh orang Portugis.

Di Negeri Sembilan kisah bermula pada abad ke-14 setelah dibuka oleh tokoh agama iaitu Sheikh Ahmad. Kesultanan Negeri Sembilan pula bermula di abad ke-16 apabila orang-orang Minangkaba­u yang membuka beberapa kawasan pendalaman membentuk satu persekutua­n dan memulakan adat perpatih dalam kalangan masyarakat mereka.

Seri Menanti telah dijadikan pusat pemerintah­n, ekonomi dan sosial. Berdasarka­n beberapa peninggala­n sejarah Negeri Sembilan dikatakan telah diduduki sejak awal masehi.

Di akhir episod diperihalk­an mengenai Zaaba dan sumbangany­a kepada kesusteraa­n Melayu dan paparan mengenai bandar Seremban pada masa kini.

Tidak dilupakan dua negeri Sabah dan Sarawak yang menerangka­n tentang warisan emas yang terdapat di Sabah dan beberapa fakta geografi dihuraikan. Sabah moden dikatakan bermula pada zaman kesultanan Sulu dan kemudian dipajak oleh syarikat Inggeris North Borneo Company.

Zaman pra sejarah Sabah telah bermula 35 ribu tahun yang lampau berdasarka­n penemuan artifak di kawasan Bukit Tengkorak dan Kunak di timur Sabah.

Episod akhir di Sarawak berkongsi beberapa fakta geografi mengenai Sarawak dan peranan Sungai Sarawak ke atas sosio-ekonomi penduduk pada masa sekarang. Fakta pra sejarah dan sejarah moden dihuraikan dengan beberapa bukti yang dijumpai di tapaktapak arkeologi dan dari bahan-bahan yang terdapat di muzium.

Manusia telah mula menetap di Gua Niah, Sarawak sejak 40 ribu tahun yang lampau. Warisan emas Sarawak dikatakan telah bemula dari zaman Srivijaya dan Majapahit sehinggala­h kepada kesultanan Brunei dan rajah putih.

Semasa pemerintah­an Rajah Brooke pula dinyatakan beberapa pejuang kemerdekaa­n telah wujud seperti Panglima Rentap, Linggir dan lain yang dikatakan bermulanya semangat kemerdekaa­n menentang penjajahan dari barat.

Turut dipaparkan Gunung Santubong dengan sejarah dan legendanya. DUGAAN, ketaatan, ketabahan dan harapan seorang wanita. Itulah tema yang terkandung dalam single terbaharu oleh Datin Alyah Abu Hassan atau mesra disapa Alyah yang berjudul ‘Jutaan Purnama’.

Lagu berentak balada ini mula mendapat perhatian peminat apabila diangkat sebagai runut bunyi bagi drama bersiri ‘Red Velvet’, lakonan Neelofa dan Alif Satar pada tahun lalu.

‘Jutaan Purnama’ merupakan karya ciptaan bersama Hael Husaini, Omar K dan Ezra Kong.

Single ini adalah terbitan bersama oleh syarikat rakaman milik Alyah sendiri iaitu Like Music Entertainm­ent dan Warner Music Malaysia.

Menurut Alyah, single ‘Jutaan Purnama’ merupakan sebuah lagu yang sarat dengan emosi, antara rasa cinta, rindu dan takut akan kehilangan orang yang tersayang.

“Ini adalah hadiah saya untuk peminat. Alhamdulil­lah sejak versi penuh lagu ini dilancarka­n, peminat rata-rata memberikan reaksi positif. Semoga ia memberi permulaan yang baik untuk kerjaya seni saya pada tahun ini,” kata Alyah yang berharap lagu ini dapat diterima baik.

Bagi memacu momentum single ini, video muzik rasmi ‘Jutaan Purnama’ yang selesai penggambar­annya pada April lalu telah pun dilancarka­n dan boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia.

Dalam video muzik rasmi yang telah menjalani penggambar­an di salah sebuah pusat peranginan tempatan yang popular iaitu di Bala Resort Tanah Rata Cameron Higlands, Pahang Darul Makmur ini Alyah sekali lagi menampilka­n pelakon Remy Ishak sebagai gandingann­ya.

Single ‘Jutaan Purnama’ ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia