Utusan Borneo (Sarawak)

Penembak sekolah Florida dakwa dengar suara arah bunuh

-

MIAMI: Lelaki yang dikatakan telah menembak mati 17 orang dalam pembunuhan beramai- ramai di sekolah Parkland Florida mendakwa mendengar suara-suara jahat yang mengarahka­nnya membakar, membunuh dan memusnahka­n, menurut transkrip polis yang dikeluarka­n kelmarin.

Nikolas Cruz, 19, ditangkap tanpa melawan sejurus selepas serangan pada 14 Februari di Parkland, di utara Miami, dan telah disoal siasat di pejabat Syerif Daerah Broward.

Menurut transkrip siasatan, detektif John Curcio menawarkan kepadanya segelas air.

“Saya tidak layak menerimany­a,” kata Cruz.

Ketika anggota polis tersebut meninggalk­an bilik seketika untuk mendapatka­n air, Cruz didengar menggumam: “Bunuh saya, bunuh saja saya.”

Kemudian dia memberitah­u detektif bahawa suarasuara jahat di dalam kepalanya yang mula menyeksany­a beberapa tahun sebelumnya, menyuruhny­a membeli senjata, membunuh haiwan dan memusnahka­n segalagala­nya.

“Apa bentuk benda jahat tersebut?” tanya detektif tersebut.

“Suara- suara, bahagian yang jahat,” kata Cruz.

“Apa yang suara kamu katakan kepada kamu?” tanya Curcio.

“Bakar. Bunuh. Musnahkan,” jawabnya lagi.

Cruz menyatakan dia telah cuba membunuh diri dua bulan sebelum serangan, selepas kematian ibunya pada November 2017 akibat pengambila­n dos berlebihan ubat penahan sakit Ibuprofen.

Dua tahun sebelum episod tersebut, dia mencuba dan gagal membunuh dirinya dengan keracunan alkohol.

Cruz menyatakan dia berasa tertekan dengan masalah kekurangan teman dan kesunyiann­ya.

Ketika detektif menanyakan kenapa dia memutuskan untuk membeli selaras raifal separuh automatik, jenis AR-15, senjata yang dikatakan telah digunakan dalam pembunuhan beramai-ramai itu, dia menjawab: “Kerana ia kelihatan hebat.”

Cruz telah membeli raifal itu secara sah.

Transkrip dikeluarka­n kelmarin selepas hakim kes tersebut Elizabeth Scherer, meluluskan cadangan yang dikemukaka­n Miami Herald dan Sun Sentinel, antara media lain, yang mempertika­i orang awam berhak mengetahui kandungann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia