Utusan Borneo (Sarawak)

HRW kecam hukuman ringan ke atas pengaman DRC

-

DAKAR: Tiga anggota tentera pengaman Republik Demokratik Kongo (DRC) dijatuhkan hukuman penjara hanya tiga tahun kerana membunuh orang awam dan sekarang telah dibebaskan, menurut Human Rights Watch semalam yang mengecam hukuman itu sebagai tidak mencukupi dan tidak dapat mencegah berulangny­a salah laku.

Mahkamah di bandar utama Brazzavill­e di DRC menjatuhka­n hukuman terhadap setiap seorang anggota tentera itu pada April kerana membunuh 11 orang awam pada 2014 ketika bertugas dalam misi tentera pengaman Kesatuan Afrika di Republik Afrika Tengah.

HRW menyatakan ia memperoleh­i salinan keputusan bertulis itu hanya pada bulan lepas.

Tiga lelaki itu telah bebas sekarang setelah menjalani sebahagian besar hukuman mereka, menurut HRW.

Walaupun mahkamah mendapati anggota tentera itu bersalah atas jenayah perang yang boleh membawa kepada hukuman mati di bawah undang-undang DRC, keputusan itu menyebut tindakan meringanka­n yang tidak dijelaskan.

“Pihak berkuasa di DRC terlepas peluang untuk melaksanak­an keadilan atas pembunuhan orang awam dan menunjukka­n tiada anggota tentera pengaman yang mengatasi undang-undang.

“Memberikan hukuman ringan ke atas anggota tentera yang melakukan pembunuhan bagaikan satu tamparan di tangan dan memberi mesej kepada anggota pengaman lain bahawa mereka hanya berdepan risiko kecil sekiranya melakukan jenayah sebegitu,” kata Lewis Mudge, penyelidik kanan HRW.

Jurucakap kerajaan tidak memberikan respons kepada permintaan bagi komen.

Kerajaan pimpinan Presiden Denis Sassou Nguesso, salah satu rejim paling berahsia di Afrika dengan sejarah penindasan di tanah air, sebelum ini menolak dakwaan ia mengabaika­n tuduhan pencabulan hak asasi manusia terhadap anggota tenteranya.

Kegagalan mempertang­gungjawabk­an anggota tentera pengaman atas jenayah yang dilakukan di negara asing adalah aduan kukuh terhadap aktivis hak asasi.

Tanggungja­wab untuk mendakwa jatuh kepada negara yang menghantar pasukan tentera yang selalunya tidak sanggup atau tidak dapat untuk mengemukak­an dakwaan terhadap anggota tentera mereka.

Menurut HRW, anggota tentera DRC membunuh seorang budak lelaki tidak bersenjata dan menahan sekuranng- kurangnya 12 orang awam lain di pekan Bboali di Afrika Tengah pada Mac 2014 selepas seorang anggota tentera pengaman dibunuh dalam pertempura­n senjata dengan ketua militia tempatan.

Mayat 12 orang tersebut ditemui berhampira­n dalam sebuah kubur beramai-ramai pada Februari 2016.

Mayat seorang bayi berusia tujuh bulan yang turut dibunuh tidak pernah ditemui, menurut HRW.

Keputusan mahkamah DRC merujuk hanya 11 mangsa tersebut.

Beratus-ratus tentera pengaman DRC di Republik Afrika Tengah kemudian menjadi sebahagian misi PBB.

Mereka dihantar pilang tahun lepas selepas beberapa tuduhan melibatkan penderaan seksual dan eksploitas­i. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia