Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara bebaskan lelaki Korea Selatan ditahan pada Julai

-

SEOUL: Korea Utara membebaska­n sorang rakyat Korea Selatan yang ditahan pada Julai selepas menyeberan­gi sempadan ke Utara, menurut Kementeria­n Perpaduan Selatan semalam.

Tahanan tersebut adalah seorang lelaki berusia 34 tahun bernama Seo yang ditangkap selepas memasuki secara haram Korea Utara pada bulan lepas, menurut pihak kementeria­n.

Pegawai Korea Selatan mendesak penghantar­an pulang enam lagi rakyatnya yang dipercayai telah ditahan selama beberapa tahun di Korea Utara, dan pihak Kementeria­n Perpaduan menyatakan mereka percaya pembebasan Seo merupakan satu petunjuk positif.

Pada Mei lepas, Korea Utara membebaska­n tiga tahanan dari Amerika Syarikat ( AS) dalam tindakan yang dilihat membuka jalan bagi persidanga­n Jun di antara pemimpin Korea Utara Kim Jong- un dan Presiden AS Donald Trump.

Selepas rakyat Amerika itu dibebaskan, penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di Korea Utara Tomas Ojea Quintana, mengeluark­an kenyataan menyeru agar rakyat Korea Selatan juga dibebaskan.

Antara mereka adalah mubaligh Kristian Kim Jung-wook, yang ditangkap pada Oktober 2013, dan Kim Kook- kie serta Choi Chun- kil, yang ditahan sejak 2014, menurut pihak kementeria­n.

Tiga lagi adalah rakyat Korea Utara yang berpaling tadah yang menurut pihak Perkhidmat­an Perisikan Negara Korea Selatan pada tahun lepas telah ditangkap Utara tanpa menjelaska­n lokasi penahanan dibuat dan sebabnya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia