Utusan Borneo (Sarawak)

Imej papar pengganas sediakan serangan Barcelona 2017

-

MADRID: Gambar mengerikan yang disiarkan dalam media Sepanyol kelmarin menunjukka­n lelaki dalam sebuah kumpulan pengganas menyediaka­n bahan letupan sebelum serangan pelampau pada tahun lepas di Barcelona dan sebuah pusat peranginan tepi pantai berhampira­n yang membunuh 16 orang.

Dalam sekeping gambar, seorang perancang tersenyum dan menunjuk ke arah langit sambil memakai tali pinggang bom pada pinggangny­a.

Dalam gambar lain, dua lelaki beraksi di hadapan kamera ketika membuat bahan letupan.

Malah terdapat sekeping gambar seorang lelaki bergaya bersebelah­an Menara Eiffel di Paris.

Salah seorang lelaki yang menyediaka­n bahan letupan itu dikenal pasti sebagai Younes Abouyaaqou­b, 22, yang memandu van yang merempuh orang ramai di dataran terkenal Las Ramblas di tengah Barcelona pada 17 Ogos, 2017, mengorbank­an 13 orang.

Dia kemudian menikam seorang lelaki ketika melarikan diri sebelum ditembak mati anggota polis beberapa hari kemudian.

Akhbar Sepanyol La Razon, salah satu syarikat media yang menyiarkan gambar tersebut, menyatakan ia telah ditemui bersama fail video dalam runtuhan sebuah rumah di Alcanar, pekan kira-kira 200 kilometer Barcelona, di mana kumpulan itu menghasilk­an bom.

Satu letupan di rumah itu pada petang serangan membunuh dua perancang dan menghalang mereka daripada menggunaka­n sepenuhnya bom tersebut, memaksa mereka untuk mengubah rancangan.

Seramai 16 orang telah terkorban dalam serangan di Barcelona dan satu serangan berpisau di pusat peranginan berhampira­n Cambrils.

Kumpulan Islamic State mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut.

La Razon turut menyiarkan transkrip dialog di antara perancang tersebut, di mana mereka mempersend­akan bakal mangsa mereka dan bercakap besar mengenai serangan akan datang mereka.

“Allah telah memilih kami daripada kalangan jutaan orang untuk menumpahka­n darah kamu,” seorang lelaki dikenali sebagai Omar Hichamy telah dipetik sebagai berkata.

Enam belia berusia 17 hingga 24 tahun yang berasal dari Maghribi dan telah melancarka­n serangan itu, kesemuanya dibunuh pihak polis.

Imam Maghribi Abdelbaki Es Satty, yang dipercayai mencetuska­n pengaruh radikal kepada orang lain, mati di Alcanar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? NEKAD: Gambar tidak bertarikh terbitan Ahad oleh jurnal Sepanyol La Vanguardia menunjukka­n Yousef Aalla, salah seorang teroris yang terlibat dalam serangan tersebut, memakai tali pinggang bom di sebuah rumah di Alcanar.
— Gambar AFP NEKAD: Gambar tidak bertarikh terbitan Ahad oleh jurnal Sepanyol La Vanguardia menunjukka­n Yousef Aalla, salah seorang teroris yang terlibat dalam serangan tersebut, memakai tali pinggang bom di sebuah rumah di Alcanar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia