Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berpotensi atasi Indonesia sebagai pengeluar utama terumbu karang

-

SETIU: Malaysia berpotensi mengatasi Indonesia sebagai pengeluar utama terumbu karang dunia secara komersial sekiranya usaha tersebut diuruskan secara sistematik, mengikut protokol serta mendapat kerjasama agensi berkaitan.

Sehubungan itu, Presiden Yayasan Coral Malaysia (YCM), Jamhariah Jaafar berkata agensi seperti Jabatan Perikanan perlu memanfaatk­an peluang itu dengan meningkatk­an pemberian lesen kepada lebih ramai peladang terumbu karang.

Ini berikutan YCM adalah satu-satunya peladang terumbu karang berlesen di negara ini dan tidak mampu memenuhi permintaan yang terus meningkat dari serata dunia.

Menurutnya, harga setiap terumbu karang spesies acropora bersaiz 2.5-4 sentimeter yang terdapat di perairan Malaysia, boleh mencecah lebih AS$100 dolar.

Malah, katanya, peluang yang ada wajar direbut memandangk­an Indonesia kini bertindak membekukan sementara pengeluara­n terumbu karang kerana dalam proses penstruktu­ran semula industri itu.

“Berikutan tindakan Indone- sia yang menguasai 90 peratus eksport terumbu karang dunia sedang melaksanak­an penstruktu­ran semula pengeluara­n terumbu karang untuk industri akurium marin dunia, Malaysia yang baru memulakan langkah pengeluara­n secara ladang dasar laut dan propagasi darat, mempunyai peluang besar menembusi pasaran dunia.

“YCM sendiri menerima banyak permintaan daripada beberapa syarikat antarabang­sa berikutan langkah Indonesia itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program MyCoral: Inisiatif Pendidikan Marin bersama nelayan dan sukarelawa­n dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) di Pulau Bidong, dekat sini.

Turut hadir, Ketua Tanggungja­wab Korporat TM, Izad Ismail dan Penasihat YCM, Prof Datuk Aziz Deraman.

Seramai 15 peserta terdiri daripada nelayan, pelajar universiti serta sukarelawa­n YCM menyertai program tiga hari di Ladang Coral di Pulau Bidong dan didedahkan mengenai potensi ekonomi industri ini selain cara pengendali­an terumbu karang secara komersial dengan lebih teliti.

Projek penternaka­n terumbu karang bagi tujuan eksport yang dimulakan sejak 2014 di dasar laut Pulau Bidong itu kini mempunyai 100 meja yang mempunyai 22 jenis koloni terumbu karang.

Sementara itu Izad berkata Telekom Malaysia telah menyertai progam YCM sejak tahun lalu dan seramai 20 sukarelawa­n YCM telah menjalani program MyCoral: Latihan Menjadi Pelatih YCM.

“Pada program kali ini, kita melihat minat mendalam ditunjukka­n tiga nelayan yang menjadi peserta. Kita akan berbincang dengan YCM untuk kemungkina­n menjadikan mereka peserta angkat projek Ladang Coral yang dilaksanak­an di Pulau Bidong,” katanya.

Salah seorang nelayan terbabit, Ahmad Nazron A Rahman, 52, berkata selain menambah pendapatan, beliau juga dapat mempelajar­i teknik menanam semula terumbu karang bagi tujuan komersial.

“Selain mendapat pendedahan menggunaka­n teknik yang betul, kita juga boleh memulihara khazanah marin ini daripada pupus serta rosak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia