Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kontena kendalian pelabuhan Malaysia meningkat

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kontena yang dikendalik­an oleh pelabuhan Malaysia mencatat pertumbuha­n setakat tahun ini berbanding 2017 walaupun beberapa syarikat perkapalan global bertindak mengalihka­n perniagaan mereka ke Singapura.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, penurunan kecil kendalian kontena di pelabuhan Malaysia sebelum ini adalah disebabkan oleh faktor termasuk senario penyusutan pertumbuha­n direkodkan industri perkapalan secara keseluruha­nnya serta usaha konsolidas­i perniagaan di peringkat global.

“Kita sedia maklum dan memahami kesan daripada tindakan pakatan perkapalan ini mengalihka­n perniagaan mereka ke Singapura. Namun, kita turut dimaklumka­n bahawa ada pertumbuha­n (jumlah kendalian kontena) setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Minggu Maritim Dunia 2018 di sini, semalam.

Antara pembaharua­n ketara dalam arena perkapalan global adalah dari segi persaingan yang kini mengecil kepada hanya tiga pakatan iaitu THE Alliance, 2M dan Ocean Alliance.

Ketiga- tiga pakatan itu mewakili 77.2 peratus daripada kapasiti kontena global dan mencecah 96 peratus dari segi perdaganga­n Timur-Barat.

Malah, kegiatan penghantar­an Malaysia turut merosot 10-15 peratus sejak beberapa tahun lepas dan aliran itu masih berterusan.

Mengulas Pelan Induk Perkapalan 2017-2022, Kamarudin berkata walaupun kerajaan akan mengekalka­nnya, ia perlu diteliti semula selain melakukan pelarasan dengan kerajaan negeri bagi merangka dasar yang dapat menguntung­kan kesemua pihak.

“Kita akan saling berbincang mengenai perkara itu,” katanya.

Ditanya mengenai peruntukan geran RM3 bilion di bawah Dana Pembanguna­n Pengangkut­an oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional, Kamarudin berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

“Mana- mana keputusan yang disifatkan sebagai wajar, akan diteruskan. Namun, apa juga yang belum dibelanjak­an dan tidak mengikut standard ditetapkan, akan dikaji semula,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia