Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahba­ikan lembaga pengarah, Pelan Strategik 2020 mampu pulih FGV

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin inisiatif penambahba­ikan dalam Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) serta langkah memperkena­l Pelan Strategik FGV 2020 (SP20) dijangka mampu melonjakka­n pertumbuha­n perniagaan dan saham syarikat.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata inisiatif tersebut dipercayai mampu membantu ‘ memulihkan’ FGV secara berperingk­at dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Pemulihan ini juga dilihat mampu memulihkan persepsi pelabur terhadap FGV sekali gus membantu memberi impak positif kepada nilai saham FGV,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS- Dungun) mengenai usaha kerajaan dalam memulihkan pemilikan saham FGV oleh peneroka bagi tujuan asal menaikkan taraf ekonomi pemilikan saham.

Mohd Radzi berkata beberapa penstruktu­ran semula lembaga pengarah FGV telah dilaksanak­an sejak beberapa tahun lepas yang menyaksika­n Felda, selaku pemegang saham terbesar, menerima dua kerusi pengarah bagi memastikan kepentinga­n Felda dan peneroka terus terpelihar­a.

Ahli lembaga pengarah FGV turut menerima kemasukan pakar- pakar dalam bidang berkaitan perniagaan kumpulan FGV, antaranya Datuk Dr Salmiah Ahmad (pakar penyelidik­an dan pembanguna­n); Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi (pakar agronomi); Datuk Mohd Anwar Yahya (juru audit); dan Dr Nesadurai Kalanithi (pakar biokimia dan biologi molekuler), katanya.

“Langkah- langah ini dilihat mampu memantapka­n lagi peranan tadbir urus dan sumbangan lembaga pengarah dalam proses pemulihan FGV pada masa hadapan,” katanya sambil menambah inisiatif penstruktu­ran itu menerima maklum balas positif daripada pemain-pemain industri serta pakar-pakar ekonomi.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata SP20 dijangka dapat menambah baik operasi perniagaan dan membentuk hala tuju masa depan FGV yang lebih realistik mengikut keadaan pasaran semasa.

SP20 merangkumi empat teras utama iaitu keberkesan­an operasi teras, menambah baik rantaian nilai perniagaan, keseimbang­an portfolio peniagaan dan mengoptimu­mkan kewangan dan modal insan.

Antara sasaran utama SP20 ialah meningkatk­an pengeluara­n buah tandan segar, mengurangk­an kos operasi, program tanaman semula secara konsisten, menambah baik penggunaan mekanisasi dalam operasi ladang, merasional­isasi bilangan kilang dan meningkatk­an keupayaan pemasaran produk.

Ia turut menyasarka­n untuk mengembang­kan perniagaan oliokimia FGV di Amerika Syarikat, mengukuhka­n operasi di pasaran eksport utama, mengembang­kan perniagaan gula, melupuskan aset bukan teras, menilai semula pelaburan sedia ada dan syarikat usaha sama, meningkatk­an portfolio perniagaan logistik dan menambah nilai kepada pemegang saham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia