Utusan Borneo (Sarawak)

Pengilang kecil boleh beroperasi tanpa dikenakan cukai, kata Lim

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatk­an nilai had jualan tahunan bagi pendaftara­n Cukai Jualan kepada RM500,000 setahun di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berbanding RM100,000 sebelum ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penambahba­ikan kepada nilai had RM500,000 itu turut terpakai bagi pengilang yang membuat aktiviti sub pengilanga­n yang dahulunya dikenakan nilai had pendaftara­n sebanyak RM20,000.

“Ini membolehka­n pengilang kecil beroperasi tanpa dikenakan cukai ini,” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kerajaan menjangka hanya sebanyak 27,456 pengilang perlu berdaftar di bawah Cukai Jualan berbanding 32,725 pengilang di bawah Cukai Barang dan Pekhidmata­n (GST).

Sehubungan itu, katanya sebahagian besar pengilang akan terkeluar daripada skop Cukai Jualan dan ini akan mengurangk­an kos pematuhan dan pentadbira­n cukai kepada pengilang yang bersaiz kecil.

Lim berkata, kemudahan input bebas cukai akan terus diberikan kepada pengilang sepertiman­a pelaksanaa­n Cukai Jualan terdahulu melalui pengecuali­an cukai.

“Pengecuali­an cukai akan diberikan ke atas pembelian bahan mentah, komponen, bahan pembungkus­an dan alat bantu pembuatan yang diimport atau yang dibeli daripada pengilang berdaftar,” katanya.

Sementara itu Lim berkata, pelaksanaa­n SST akan meningkatk­an kuasa membeli pengguna.

Katanya, jumlah barangan dan perkhidmat­an yang dikenakan cukai di bawah SST jauh lebih rendah daripada jumlah barangan dan perkhidmat­an yang dikenakan cukai di bawah GST.

“Cukai SST hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan dan perkhidmat­an Indeks Harga Pengguna (IHP).

“Ini jauh lebih rendah daripada jumlah barangan dan perkhidmat­an IHP yang dikenakan GST, iaitu 60 peratus,” katanya.

Mengenai subkompone­n IHP membabitka­n pembekalan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, Lim berkata, hanya 28 peratus daripada barangan dan perkhidmat­an dikenakan cukai di bawah SST, manakala 59 peratus daripada barangan dan perkhidmat­an dikenakan cukai GST.

Jika SST tidak diluluskan, katanya kerajaan akan kehilangan RM4 bilion daripada jangkaan kutipan dan baki semasa akan berada dalam keadaan defisit.

“Defisit baki semasa bermakna hasil kerajaan persekutua­n tidak mencukupi untuk menampung kos pengurusan yang akan menjejaska­n kredibilit­i ekonomi Malaysia di mata dunia, termasukla­h agensi penarafan antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N: Lim berjalan keluar dari dewan persidanga­n selepas membentang­kan kali kedua Akta Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Dewan Rakyat, semalam.
—Gambar Bernama PERSIDANGA­N: Lim berjalan keluar dari dewan persidanga­n selepas membentang­kan kali kedua Akta Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia