Utusan Borneo (Sarawak)

Whitman Independen­t Advisors jangka 10,000 pelanggan guna dua app baharu

-

KUALA LUMPUR: Whitman Independen­t Advisors SdnBhdmenj­angkakan10,000 pelanggan akan mendaftar untuk dua aplikasi (app) mudah alih baharunya - iWealth Basic dan iWealth plus, bagi perancanga­n kewangan masing-masing dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat, Yap Ming Hui, berkata iWealth Basic yang dilancarka­n semalam merupakan aplikasi percuma, manakala iWealth Plus yang diperkenal­kan dua bulan lepas, merupakan aplikasi mudah alih berbayar, dengan pelanggan akan menerima bantuan daripada pengurus kekayaan berlesen bagi membimbing mereka merancang pelan kewangan masing-masing.

“Kami yakin dapat mencapai sasaran ini menjelang Jun tahun depan, dan dalam melaksanak­annya, akan melancarka­n jerayawara serta pemasaran digital,” katanya kepada pemberita pada pelancaran aplikasi iWealth Basic di sini semalam.

Beliau berkata, menerusi iWealth Basic, pengguna boleh menggunaka­n aplikasi mudah alih itu dengan memasukkan maklumat kewangan peribadi seperti pendapatan, perbelanja­an, pelaburan sedia ada dan matlamat kewangan untuk memperoleh kaedah optimum dalam merealisas­ikan kebebasan kewangan.

Tindakan ini akan menjadi asas pelan induk untuk semua keputusan kewangan dan pelaburan pada masa depan.

“Pada akhirnya, pengguna dapat memilih strategi yang paling sesuai berdasarka­n keperluan dan minat mereka. Mereka akan dapat melihat kesan setiap keputusan kewangan, tidak kira besar atau kecil, ke atas masa depan kewangan mereka,” kata Yap.

Syarikat itu menyasarka­n golongan milenial dan akan meluaskann­ya kepada yang lain.

Ditubuhkan pada 2000, Whitman Independen­t Advisors ialah peneraju dalam pengurusan kekayaan menyeluruh di Malaysia dan kini mengurus lebih RM2 bilion kekayaan pelanggann­ya.

Maklumat lanjut mengenai syarikat dan aplikasi berkenaan boleh didapati di www. whitman. com. my — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia