Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlukan masa putuskan ratifikasi CPTPP

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih memerlukan masa bagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan proses ratifikasi domestik terhadap Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI), Dr Ong Kian Ming berkata kerajaan memerlukan sedikit masa bagi memastikan sama ada perjanjian itu memberi manfaat terhadap pertumbuha­n ekonomi dan perdaganga­n, agar rakyat dan negara tidak terjejas dengan pelaksanaa­nnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ahli Parlimen Jeli (BN) Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang keputusan kerajaan berkenaan CPTPP.

“Masih terdapat ruang untuk perbahasan sebelum ratifikasi domestik dipersetuj­ui, dan untuk itu kerajaan memerlukan maklumat terkini bagi membuat keputusan menyeluruh dan tepat

”Buat masa ini terdapat tiga negara iaitu Jepun, Singapura dan Mexico yang sudah melengkapk­an proses ratifikasi masing masing,” katanya.

Menurut Ong, penguatkua­saan akan terlaksana pada awal 2019 sekiranya enam negara daripada 11 ahli perjanjian CPTPP menyelesai­kan ratifikasi domestik masing masing.

Beliau juga berkata, pelan hala tuju CPTPP akan dibuat setelah keputusan mengenai ratifikasi domestik diputuskan.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan mempertimb­angkan hubungan baik dengan Jepun memandangk­an CPTPP diketuai negara tersebut di samping mengambil kira minat beberapa negara lain untuk menyertai perjanjian berkenaan, antaranya Thailand dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia