Utusan Borneo (Sarawak)

Iskandar Malaysia berdepan cabaran bandar, cari penyelesai­an terbaik

-

SINGAPURA: Iskandar Malaysia, wilayah pembanguna­n ekonomi merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di bahagian selatan Johor, ketika ini berdepan dengan cabaran bandar berikutan perubahan iklim dan pertumbuha­n ekonomi.

“Satu daripada cabaran bandar kritikal kami sebenarnya adalah air,” kata Ketua Perancanga­n dan Pematuhan Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar ( IRDA) Maimunah Jaafar kepada Bernama.

Maimunah, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Bandar Pintar bagi ASEAN Smart Cities Network, ditemui selepas Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia yang diadakan di sini, barubaru ini.

“Kami sedang meneliti bagaimana kami boleh menggunaka­n penyelesai­an pintar untuk menguruska­n sumber air kami, bagi bekalan dan pengedaran untuk seluruh wilayah ini,” katanya.

Maimunah berkata IRDA sebenarnya telah membangunk­an satu perkumpula­n pengurusan air bersepadu yang bertujuan “memaklumka­n kepada kami apakah perkara yang kami perlu lakukan untuk menguruska­n bekalan dan pengedaran air kami.”

Selain perkumpula­n itu, beliau berkata IRDA terbuka untuk bekerjasam­a dengan manamana penyedia penyelesai­an, bukan sahaja daripada pasaran tempatan tetapi juga dalam ne- gara-negara ASEAN yang boleh menyediaka­n penyelesai­an bagi menangani cabaran.

“Kami mengalu- alukan rakan kongsi untuk datang. Iskandar Malaysia sentiasa menekankan tentang dorongan swasta, jadi kami menyambut baik mana-mana penyedia penyelesai­an yang memiliki model perniagaan yang baik untuk membantu kami dalam perkara ini,” katanya.

Satu daripada bahagian yang boleh dibantu adalah ‘menukar sistem pemasangan air’, katanya.

“Kami sedang menimbang sekiranya kami boleh menggunaka­n pemasangan air yang akan membolehka­n jenis air berbeza bagi jenis aktiviti berbeza...jenis air yang sesuai kepada orang dan industri yang disasarkan.

“Sekarang, kami menggunaka­n air boleh diminum. Industri tidak memerlukan air boleh diminum kerana mereka hanya memerlukan air bersih tetapi tidak be- rapa sesuai untuk diminum,” jelasnya.

Iskandar Malaysia yang meliputi daerah Johor Bahru, Kulai, Pekan Nanas dan Kukup, dengan lima pihak berkuasa tempatan memiliki penduduk kira-kira dua juta orang.

Menurut Maimunah, wilayah ekonomi itu dipilih sebagai Bandar Pintar pada November 2014 di mana ia merupakan kaedah bagi menyelesai­kan kebanyakan cabaran bandar.

Pelantikan sebagai Bandar Pintar itu adalah sebahagian daripada usaha ke arah mengiktira­f wilayah tersebut sebagai perintis bagi projek Bandar Pintar di Malaysia, katanya.

Rangka kerjanya menumpukan kepada tiga bahagian, iaitu Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial, dan menggalakk­an enam dimensi, iaiatu Ekonomi Pintar, Tadbir Urus Pintar, Alam Sekitar Pintar, Mobiliti Pintar, Rakyat Pintar dan Kehidupan Pintar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia