Utusan Borneo (Sarawak)

Kepatuhan amat penting bagi memastikan dasar dapat dilaksana

-

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberi jaminan penjawat awam persekutua­n di Sabah menyokong penuh kepimpinan kerajaan negeri baharu yang diterajui Parti Warisan Sabah.

Ali berkata, pihaknya juga berharap penjawat awam negeri akan memberi sokongan seratus peratus kepada kepimpinan kerajaan negeri sekarang yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Pada asasnya, apa yang perlu kita (penjawat awam persekutua­n) buat ialah mengikuti semua dasar yang ditetapkan kerajaan. Antaran- ya mentadbir mengikut undang-undang dengan ‘good governance’ ( tadbir urus yang baik) diberi penekanan menerusi kerajaan baharu. Jadi semua penjawat awam perlu mengamalka­n semua amalan ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sabah di sini semalam.

Beliau berkata kepatuhan dan sokongan semua penjawat awam kepada kerajaan sedia ada amat penting bagi memastikan dasar yang ditetapkan dapat dilaksana dengan lancar untuk faedah rakyat di selu- ruh negeri.

“Kita ( pegawai awam persekutua­n dan negeri) masing-masing ada peranan. Yang penting kita selalu adakan kolaborasi dan juga kerjasama serta rundingan sebelum membuat projek serta keperluan projek. Semua ini perlu dibincang bersama antara pegawai-pegawai persekutua­n dan negeri dari segi pelaksanaa­nnya.

“Jadi dasar ditentukan oleh kerajaaan dan untuk pelaksanaa­n pada peringkat negeri, penjawat awam persekutua­n juga perlu ada persefaham­an dengan pegawai-pegawai di peringkat negeri supaya kelancaran pelaksanaa­n projek dapat dilaksana dengan baik,” katanya.

Ali berkata, kerajaan persekutua­n tidak mahu melihat ada projek rakyat yang terbengkal­ai dan kes seperti itu dapat dielakkan jika ada kerjasama antara kerajaan persekutua­n dan negeri.

“Yang penting semua projek ini adalah untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Mengenai pertemuann­ya dengan Mohd Shafie, beliau berkata antara lain mereka berbincang mengenai projek pembinaan dan baik pulih sekolah- sekolah daif di Sabah serta projek- projek persekutua­n lain di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia