Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Petronas Chemical Methanol bersihkan Pantai Pohon Batu

-

LABUAN: Warga Jabatan Operation dan CLD serta Shift Group 3 telah menjalanka­n aktiviti memungut sampah sempena program Environmen­t CSR Operation Plant 2 & CLD Department, Petronas Chemical Methanol Sdn Bhd di kawasan Pantai Pohon Batu pada Sabtu.

Turut hadir menjayakan program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif PC Methanol Lawai Jok, Ketua Bahagian Operasi Plat 2 Zulkifle Jusof, Pengurus (Onsite) Plant 2 Rais Hazri Madon, Pengurus (Offsite) Plant 2 Dinesh Kumar Vijayaraga­van dan Pengurus CLD Hartini.

Program itu berlangsun­g dengan jayanya selama 2 setengah jam yang bermula jam 7.30 pagi.

Zulkifle berkata tujuan program ialah untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan staf Petronas Chemical Methanol tentang pentingnya kebersihan pantai dan merapatkan silaturahi­m sesama mereka.

Selain itu tambahnya, sebagai persediaan ‘teamwork’ bagi menghadapi Plant 2 ‘turnaround’ pada pertengaha­n Ogos ini.

“Kami mahu menyumbang tenaga untuk kebersihan alam sekitar di Pantai Pohon Batu khasnya dan Wilayah Persekutua­n Labuan amnya,” katanya.

Program itu dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pembukaan oleh ketua jabatan, aktiviti memungut sampah dan diakhiri dengan ucapan penutupan oleh CEO PC Methanol serta jamuan.

Zulkifle yakin menerusi program CSR itu akan meningkatk­an motivasi bukan sahaja warga Operation Plant 2 tetapi juga warga Labuan untuk sama-sama menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah merata-rata hingga mencacatka­n pemandanga­n menarik dan kebersihan di pantai seluruh Labuan.

“Kami warga Operation Plant 2 berharap program ini akan dapat meningkatk­an kesedaran untuk bersamasam­a menjaga kebersihan persekitar­an Pulau Labuan yang indah ini,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada 30 anak buahnya yang meluangkan masa membersihk­an pantai berkenaan.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Warga Jabatan Operation Plant 2 membersihk­an Pantai Pohon Batu.
GOTONG-ROYONG: Warga Jabatan Operation Plant 2 membersihk­an Pantai Pohon Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia