Utusan Borneo (Sarawak)

Susu ibu hindar ketidaksei­mbangan nutrisi bayi

-

LABUAN: Penyusuan ibu secara eksklusif adalah kaedah terbaik bagi memastikan bayi memperoleh zat yang diperlukan di samping dapat membentuk generasi muda yang hebat dan mesra keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, susu ibu juga dapat menghindar­kan kelaparan dan ketidaksei­mbangan nutrisi dalam segala bentuk serta boleh memastikan kebolehdap­atan makanan bayi walaupun dalam keadaan krisis.

“Penyusuan susu ibu harus diterapkan sebagai langkah pertama ke arah usaha bagi mengurangk­an masalah kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Ibu, Minggu Kesedaran Imunisasi Kesihatan Wanita dan Lelaki serta Hari Ibu Bapa peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC), Pasar Sentral, Sabtu lalu.

Dr Ismuni berkata Minggu Kesedaran Imunisasi bertujuan meningkatk­an kesedaran dan menggalakk­an individu, keluarga dan masyarakat untuk mengambil perhatian dan memainkan peranan aktif dalam membantu mengurangk­an beban global penyakitpe­nyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Negeri Lembaga Pembanguna­n Penduduk Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Nurfarhana Mohd Zulkiflee Lee, Pengerusi Puspanita Labuan Datin Nuraini Mohd Hanafiah dan Ahli Panel Penasihat Kesihatan Datuk Abdul Rahman Lamudin.

Pertanding­an mewarna, Bapaku Hero, Pertanding­an Jari-Jari Kreatif dan Pertanding­an Inovasi Education Tool Penyusuan Susu turut diadakan.

Selain itu, penyampaia­n anugerah bagi Bapa Berjaya Berhenti Merokok kategori Komuniti dan Bekerjaya, Anugerah Ibu Eksklusif kategori Komuniti dan Bekerjaya turut diadakan.

Sambutan Minggu Penyusuan Ibu, Minggu Kesedaran Imunisasi, Kesihatan Wanita dan Lelaki Serta Hari Ibu Bapa dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan dan LPPKN Sabah.

 ??  ?? TIGA SAMBUTAN: Dr Ismuni (empat kiri), Nurfarhana (lima kanan) dan Nuraini (empat kanan) merasmikan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Ibu, Minggu Kesedaran Imunisasi Kesihatan Wanita dan Lelaki serta Hari Ibu Bapa.
TIGA SAMBUTAN: Dr Ismuni (empat kiri), Nurfarhana (lima kanan) dan Nuraini (empat kanan) merasmikan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Ibu, Minggu Kesedaran Imunisasi Kesihatan Wanita dan Lelaki serta Hari Ibu Bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia