Utusan Borneo (Sarawak)

Bina empangan di Papar untuk atasi kekurangan bekalan air: KM

-

PENAMPANG: Kerajaan negeri mengambil keputusan membina sebuah empangan di Papar dalam usaha mengatasi kekurangan bekalan air dihadapi beberapa daerah yang kini berada di peringkat 15 peratus.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu penting dan perlu dibuat sekarang agar masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan.

“Kini kita menghadapi kekurangan sebanyak 15 peratus bekalan air dan keadaan ini akan menjejaska­n bukan sahaja di Penampang, Papar tetapi juga daerah lain sekitar Kota Kinabalu.

“Bagaimanap­un, lokasi empangan itu bukanlah terletak di lokasi yang dikenal pasti terdahulu. Kita telah putuskan untuk membina di kawasan lain dalam daerah Papar,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangk­an bersama beberapa rakan Kabinet dan memutuskan untuk membina di kawasan lain.

Katanya, empangan itu diperlukan memandangk­an dalam tempoh lima sehingga 10 tahun, masyarakat di sekitar beberapa daerah di sini bakal berhadapan masalah kekurangan bekalan air.

Dalam pada itu, Shafie menjelaska­n perkara yang penting kepada kerajaan adalah mengenai pengisian dan bukannya mengenai tarikh kemerdekaa­n.

“Kita perlu mencari cara bagaimana rakyat perlu ada kerja, makan dan rumah... kekayaan Sabah perlu dikongsi bersama semua rakyat negeri ini.

“Pembentuka­n Malaysia adalah pada 16 September dan Tanah Semenanjun­g Merdeka adalah 31 Ogos, kita faham mengenai sejarah itu dan perlu difahamkan kepada anak-anak kita.

“Kita hanya mengibarka­n bendera di peringkat Sabah di Padang Merdeka pada 16 September kerana dahulu Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Razak di situ menjadi bukti,” katanya.

Sementara itu, Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menang tanpa bertanding jawatan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, keputusan itu dilakukan sebuah parti berdasarka­n peraturan sedia ada.

“Kesatuan dicapai dalam PKR ini diharapkan dapat dimanfaat untuk perubahan yang kita laungkan kepada rakyat.

“Ini juga satu tanggungja­wab kepada beliau bagi memastikan usaha sumbangan PKR dalam menyatukan rakyat dan membangun serta membuat perubahan besar seperti yang dimahukan rakyat,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Shafie (tengah) bersalaman dengan sebahagian murid-murid yang menyambut ketibaan beliau pada majlis itu. Turut kelihatan Jenifer (kanan) dan Peter (dua kanan).
SELAMAT DATANG: Shafie (tengah) bersalaman dengan sebahagian murid-murid yang menyambut ketibaan beliau pada majlis itu. Turut kelihatan Jenifer (kanan) dan Peter (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia