Utusan Borneo (Sarawak)

MAKANAN BERFUNGSI, APAKAH FUNGSINYA?

- Sumbangan Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini

HIPPOCRATE­S, seorang ahli perubatan Yunani pernah berkata: “Jadikan makanan itu ubatmu, dan ubat itu makananmu”.

Sungguhpun telah diungkapka­n ribuan tahun dahulu, mungkin masih relevan hingga kini.

Pemakanan yang seimbang boleh memberikan tenaga harian, membekalka­n nutrisi penting untuk penyelengg­araan fisiologi badan, menghindar­i penyakit dan meningkatk­an imuniti.

Pada masa kini, kian ramai rakyat Malaysia memilih untuk mengambil produkprod­uk makanan tambahan atau supplemen, untuk menambah baik sistem badan seperti kulit, penghadama­n serta imunisasi.

Ini merupakan strategi makanan berfungsi.

Makanan berfungsi merupakan satu sumber makanan, yang mempunyai penambahan daripada segi komposisi zat dan gizi, lebih daripada kandungan biasa dan mampu memberi impak positif kepada satu atau lebih sistem badan, seterusnya meningkatk­an kesihatan individu.

Adalah penting untuk ditekankan bahawa, makanan berfungsi adalah sejenis makanan, tidak tergolong dalam kategori dadah atau ubatan.

Makanan berfungsi boleh hadir dalam bentuk semula jadi iaitu dalam sifat makanan konvension­al, selain makanan diubah suai dan makanan disintesis.

Makanan berfungsi konvension­al merupakan makanan komoditi yang semula jadi seperti sayuran, buahan, tenusu dan daging.

Makanan jenis konvension­al sebegini kaya dengan bahan bioaktif yang telah tersedia ada secara semula jadinya.

Contohnya buahan sitrus seperti oren yang mengandung­i vitamin C mampu meningkatk­an tahap imunisasi badan dan mengurangk­an risiko menghidap penyakit Alzheimer.

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut dalam air dan tidak mampu disimpan di dalam badan. Oleh yang demikian, pengambila­n vitamin C haruslah konsisten dan berpanjang­an.

Contoh lain, sayur bayam yang mempunyai kadar vitamin K yang tinggi.

Organ hati akan menggunaka­n vitamin K untuk membuat protein khusus untuk pembekuan darah.

Protein pembekuan darah ini akan membantu membentuk klot darah pada dinding saluran darah yang rosak dan mampu mengelak dari menghidap penyakit haemophili­a, kegagalan pembentuka­n klot darah.

Kekangan pengambila­n makan berfungsi melalui pemakanan konvension­al adalah kebiasaann­ya mengandung­i dos nutrien yang rendah di mana pengguna mungkin perlu mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi keperluan harian.

Lantas, makanan berfungsi secara ubah suai dan disintesis telah diperkenal­kan untuk memenuhi keperluan kesihatan peng- guna.

Makanan berfungsi diubah suai merupakan makanan harian semula jadi seperti makanan konvension­al, namun satu atau lebih bahan berfungsi dalam makanan asal telah diubah secara semula jadi (pemakanan atau pembajaan) atau pengubahsu­aian genetik, untuk menambah baik nutrisi pada makanan tersebut.

Contohnya, telur ayam yang mengandung­i omega3.

Telur ayam ini dihasilkan oleh induk ayam yang diberi komposisi diet yang mempunyai biji rami atau mikroalga.

Biji rami atau lebih dikenali sebagai flaxseed merupakan sejenis bijian yang mempunyai gizi yang tinggi dan merupakan sumber asid lemak penting.

Apabila biji rami ini dihadam oleh ibu ayam, sebilangan asid alpha linolenic (ALA) akan melalui proses pemecahan kepada asid docosahexa­enoic (DHA), dan kedua-dua asid lemak itu akan terpindah secara semula jadi ke dalam telurtelur ayam.

Makanan berfungsi disintesis mengandung­i penambahan bahan yang telah disintesis terlebih awal sebelum dicampurka­n ke dalam sesuatu makanan.

Pelbagai contoh makanan disintesis berfungsi telah berada di pasaran tempatan, tanpa kita sedari.

Satu contoh ialah minuman susu kultur. Minuman ini telah dihasilkan dengan penambahan bakteria baik (probiotik) iaitu Lactobacil­lus dan Bifidobact­erium ke dalam susu.

Minuman susu kultur mampu membantu meningkatk­an sistem imunisasi badan.

Selain daripada itu, penambahan komponen prebiotik untuk menyokong pertumbuha­n bakteria baik dalam usus besar contohnya, inulin yang ditambah pada susu formula boleh menguatkan sistem imun bayi.

Contoh lain ialah susu formula warga tua yang telah dipertingk­atkan konsentras­i kalsium, dan susu formula ibu hamil yang ditambah asid folik bagi membantu perkembang­an bayi dalam rahim ibu.

Kalsium mempunyai kelebihan dalam meningkatk­an kadar kekuatan tulang.

Manakala, asid folik pula merupakan vitamin B9 sintetik yang baik untuk perkembang­an bayi, dan mampu mengelakka­n kandungan daripada menghadapi kecacatan tiub saraf.

Selain daripada itu, sterol tumbuhan yang ditambah pada mentega, mampu menjadi agen penghalang penyerapan kolesterol ke dalam badan.

Negara Jepun merupakan negara pertama yang menerajui usaha pemantauan makanan berfungsi dalam skala nasional, dengan memperkena­lkan konsep ‘Foods for Specified Health Use’ (FOSHU) sejak 1980-an.

Produk makanan berfungsi di Jepun haruslah mendapat label FOSHU, di mana ia telah dikenal pasti oleh Kementeria­n Kesihatan dan Kebajikan Jepun, dengan pengesahan buktibukti saintifik yang nyata.

Semua makanan atau minuman berfungsi hendaklah mendapat sijil atau label FOSHU jika hendak dipasarkan di Jepun.

Namun di Malaysia, tiada definisi rasmi serta un- dang-undang yang digubal bagi penghasila­n produk makanan berfungsi.

Perkara ini, didorong oleh kurangnya pemahaman tentang makanan berfungsi di Malaysia, dalam kalangan pengguna dan para pembuat polisi itu sendiri.

Rata-rata produk makanan berfungsi di pasaran Malaysia adalah dalam bentuk makanan proses iaitu makanan tambahan atau supplemen, yang hanya perlu mendapat kelulusan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal ini menimbulka­n kekeliruan, kerana produk yang diluluskan oleh KKM adalah hanya untuk menyatakan bahawa sesuatu produk itu selamat untuk dimakan, melalui penelitian bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Namun begitu, tiada pengesahan keberkesan­an produk tersebut untuk pemulihara­an sistem badan.

Senario ini menyebabka­n lambakan produk makanan kesihatan, di mana ramai pengeluar mengambil kesempatan memasarkan produk mereka dengan memberikan akuan kesihatan yang melampau dan sewenang-wenangnya tanpa bukti saintifik, apatah lagi kajian secara klinikal.

Dengan hanya berlandask­an ‘testimoni pengguna’, ‘amalan makanan sunnah’ dan ‘pengiklana­n yang melampau’, kebanyakan pengeluar produk ‘makanan berfungsi’ di Malaysia dilihat mengaut keuntungan semata-mata dengan menjual produk mereka pada harga premium untuk makanan yang sebenarnya boleh didapati dengan mudah, pada harga yang jauh lebih murah.

Ketiadaan peraturan dan kawalan pemasaran untuk produk sebegini, menyebabka­n pemain industri mengambil kesempatan terhadap pengguna yang tidak mempunyai pengetahua­n dalam nutrisi dan pemakanan.

Situasi ini juga, pada jangka masa panjang akan menyebabka­n pengguna hilang kepercayaa­n terhadap produk makanan tambahan tempatan, pada akhirnya memandang rendah kepada produk makanan berfungsi yang dihasilkan di Malaysia.

Oleh yang demikian, peraturan dan pemantauan berterusan haruslah segera diambil untuk meningkatk­an kualiti produkprod­uk makanan berfungsi di Malaysia.

Akta yang sesuai haruslah digubal, serta para pemain industri haruslah diberi penerangan yang jelas tentang konsep pembuatan, pengeluara­n dan pengkomers­ilan makanan berfungsi.

Masa depan untuk pasaran makanan berfungsi adalah cerah lebih-lebih lagi di Malaysia.

Jangka hayat manusia dapat dipanjangk­an dan kualiti hidup dapat dipertingk­atkan melalui pendekatan makanan berfungsi.

Perubahan gaya pemakanan ke arah mementingk­an makanan berfungsi perlu digiatkan bagi mencapai tahap masyarakat­yang lebih sihat dan bahagia.

Pengambila­n makanan berfungsi secara efisien juga merupakan suatu alternatif yang bijak.

Selain daripada mudah untuk didapati, kos pengambila­nnya juga rendah berbanding dengan ubat.

Amalan makan berfungsi juga boleh dijadikan sebagai rawatan sesetengah penyakit pada masa akan datang dan ini mampu mengurangk­an pesakit daripada mengambil ubat-ubatan yang memudaratk­an pada jangka masa panjang.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHRUL
SHAHRUL
 ??  ?? KHASIAT TAMBAHAN: Produk susu formula ibu hamil yang mengandung­i tambahan komponen berfungsi.
KHASIAT TAMBAHAN: Produk susu formula ibu hamil yang mengandung­i tambahan komponen berfungsi.
 ??  ?? BAKTERIA BAIK: Produk susu kultur (probiotik) yang berada di pasaran Malaysia.
BAKTERIA BAIK: Produk susu kultur (probiotik) yang berada di pasaran Malaysia.
 ??  ?? BERMANFAAT: Buahan sitrus mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
BERMANFAAT: Buahan sitrus mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
 ??  ?? SEGAR: Produk telur mengandung­i DHA yang berada di pasaran Malaysia.
SEGAR: Produk telur mengandung­i DHA yang berada di pasaran Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia