Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Betong perkukuh barisan anggota dan tatacara kerja

-

BETONG: Gerak kerja terurus disusuli perancanga­n teratur menjadi kekuatan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dalam melengkapi barisan hadapan yang lebih dinamik.

Pegawai Operasinya Henry Jugah berkata, selain kelengkapa­n dan kemudahan, prestasi anggota turut menjadi tuntutan dalam mengendali­kan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Oleh itu kecergasan fizikal dan mental setiap anggota bomba amat perlu dalam menguruska­n sesuatu musibah di mana kekuatan mental amat diperlukan.

“Kita telah merencana pelbagai program bagi menjadikan pasukan kita terus mantap dan berprestas­i tinggi dalam melaksanak­an tugasan dan amanah.

“Seiring dengan itu, sebagai pegawai yang menjaga Unit Latihan Balai BBP Betong, saya menekankan penglibata­n anggota mempelajar­i dan mencari kaedah berkesan yang akan diguna pakai dalam menghadapi musibah.

“Ini adalah sebagai persiapan untuk menghadapi sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau mengulas berhubung program Latihan Menyelamat dan Kecergasan Menggunaka­n Alat Pernafasan yang dijalankan awal pagi semalam di kawasan Bandar Baharu Medan sebagai lokasi utama dengan pergerakan bermula dari BBP Betong.

Tambahnya, latihan dijalankan dalam tiga sesi yang merangkumi tiga pasukan utama dalam kendalian masing-masing melibatkan pasukan Alpha melakukan latihan mencari dan menyelamat di tempat yang sempit dan gelap menggunaka­n alat bantuan pernafasan pada waktu malam.

“Manakala pasukan Bravo menjalanka­n latihan mencari dan menyelamat menggunaka­n alat bantuan pernafasan pada waktu siang dan pasukan Charlie melakukan latihan kecergasan menggunaka­n alat bantuan pernafasan bergerak sejauh 2.4 kilometer dari lokasi.

“Kita juga merancang melaksanak­an aktiviti ini secara berterusan pada setiap bulan bagi memahirkan pegawai kita menggunaka­n peralatan tersebut.

“Dalam pada itu, aktiviti yang sama dirancang secara bergilir- gilir untuk setiap pasukan,” ujarnya.

Seramai 22 pegawai dan anggota menyertai program terbabit yang dipantau rapi Henry.

Ketua Balai BBP Betong Vincent Baling turut serta dalam program tersebut, selain Ketua Pasukan Alpha PBK II Sapuan Abu, Ketua Pasukan Bravo PB Steven Dudley dan Ketua Pasukan Charlie PB Judi Numpang.

 ??  ?? TANGKAS: Anggota BBP Betong bersiap sedia dalam latihan yang dijalankan semalam.
TANGKAS: Anggota BBP Betong bersiap sedia dalam latihan yang dijalankan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia