Utusan Borneo (Sarawak)

Turut tingkat aktiviti ekonomi termasuk huluan, hiliran, seluruh nilai rantaianny­a

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kekayaan biodiversi­ti negara ini berpotensi besar kepada industri herba untuk berkembang sekali gus menjanjika­n masa depan yang cerah.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Profesor Madya Dr Ramzah Dambul berkata, ia juga meningkatk­an lagi aktiviti ekonomi termasuk aktiviti ekonomi huluan dan hiliran serta seluruh nilai rantaianny­a.

“Dengan itu ia dapat menyumbang lebih tinggi kepada ekonomi dalam sektor pertanian serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Industri herba dan rempah memang sudah lama diwujudkan dalam industri di dunia dan masa depan industri ini sangat cerah serta dijangka menjana sumber kekayaan baharu untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Meeting of Consortium for Globalizat­ion of Chinese Medicine ( CGCM) Ke- 17 anjuran CGCM bersama Institut Bioteknolo­gi Kebangsaan Malaysia (NIBM) serta Institut Farmaseuti­kal dan Nutraseuti­kal Malaysia (IPharm) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Tambah Ramzah, tidak dapat dinafikan bahawa perubatan tradisiona­l Cina atau TCM menjadi bahagian penting dalam sistem penjagaan kesihatan di kebanyakan negara Asia yang bergantung kepada produk semula jadi.

Beliau berkata, ia memain-

Dengan itu ia dapat menyumbang lebih tinggi kepada ekonomi dalam sektor pertanian serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Profesor Madya Dr Ramzah Dambul Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

kan peranan sangat penting dalam perlindung­an kesihatan dan kawalan penyakit selama ribuan tahun.

“Di samping itu, semua ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan tradisiona­l Cina adalah semula jadi, iaitu salah satu manfaat utamanya,” katanya.

Beliau berkata dengan kehadiran teknologi yang telah bertambah, hampir setiap aspek penjagaan kesihatan dan perkembang­an baharu akan mempengaru­hi kehidupan masyarakat.

“Justeru kementeria­n kita menyedari usaha NIBM di Malaysia yang menyokong misi dan visi MESTECC melalui salah satu institutny­a iaitu IPharm,” katanya.

Sementara itu Setiausaha T e t a p K e m e n t e r i a n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman dalam ucapannya berkata, Kerajaan Sarawak bangga dan berterima kasih kepada CGCM kerana memilih Sarawak sebagai tempat pertemuan program yang menghimpun­kan lebih 250 delegasi yang majoritiny­a dari China itu.

Katanya, ia bukan sahaja sebagai tempat berkongsi pengetahua­n bersama saintis dan penyelidik dalam perubatan Cina tetapi sejarah penting kepada CGCM.

“Pemilihan Kucing, Sarawak untuk mesyuarat CGCM membuktika­n Sarawak menawarkan pelbagai nilai strategik sebagai tempat sesuai dan pusat sehenti kepada agensi penyelidik­an, institusi pengajian tingggi dan agensi korporat.

“Ia bagi berkongsi idea, pengetahua­n serta pengalaman yang akan memberi manfaat kepada manusia sejagat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalanny­a Dr Abdul Rahman Deen.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ramzah (tengah) menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Pengerusi CGCM Profesor Tommy Yung-Chi Cheng (kanan) sambil disaksikan Abdul Rahman selepas majlis perasmian di BCCK, semalam.
TERIMA KASIH: Ramzah (tengah) menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Pengerusi CGCM Profesor Tommy Yung-Chi Cheng (kanan) sambil disaksikan Abdul Rahman selepas majlis perasmian di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia