Utusan Borneo (Sarawak)

1,392 peket sabun pencuci pakaian tiruan dirampas

-

KULAI: Sebanyak 1,392 unit peket sabun serbuk pencuci pakaian jenama Daia bernilai RM6,090 disyaki tiruan dirampas dalam operasi di dua premis perniagaan di Jalan Pandan Ria 6, Kangkar Tebrau, dekat Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Johor Aris Mamat berkata operasi pada jam 10.30 pagi itu dilakukan 15 anggota penguat kuasa selepas mendapat aduan daripada pemilik jenama sabun serbuk pencuci pakaian tersebut.

“Sabun serbuk itu didapati dijual pada harga RM4.37 bagi satu pek seberat 850 gram berbanding harga produk asli antara RM6 dan RM7.

“Kita dapati tekstur produk tiruan lebih kasar berbanding asli, namun kajian makmal akan dijalankan untuk pengesahan,” katanya ketika ditemui di stor eksibit KPDNHEP di Senai, di sini semalam.

Beliau berkata tiada sebarang penahanan dilakukan di kedua- dua premis tersebut yang dijaga oleh pekerja semasa pemeriksaa­n dijalankan.

Aris berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca bekalan sabun serbuk tersebut yang dipercayai untuk edaran dalam dan luar negeri itu.

“Kesemua barangan itu ( sabun serbuk) kini disita mengikut Seksyen 8( 2)( b) Akta Perihal Dagangan 2011. KPDNHEP Johor akan terus menjalanka­n operasi sama ke premis yang didapati menjual barangan tiruan.

“Peniaga dalam masa sama juga dinasihati supaya mematuhi peraturan dikuatkuas­akan dan tidak terbabit dalam menjalanka­n kegiatan penjualan serta pengedaran barangan tiruan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Aris (kiri) dan Noreswadi menunjukka­n perbanding­an peket sabun serbuk pencuci pakaian jenama Daia yang asli (kiri) dan tiruan (kanan) yang dirampas dalam operasi di dua premis perniagaan di Jalan Pandan Ria 6, Kangkar Tebrau pada sidang media di Stor Ekshibit KPDNKK, Taman Perindustr­ian Idaman Senai, Kulai, semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Aris (kiri) dan Noreswadi menunjukka­n perbanding­an peket sabun serbuk pencuci pakaian jenama Daia yang asli (kiri) dan tiruan (kanan) yang dirampas dalam operasi di dua premis perniagaan di Jalan Pandan Ria 6, Kangkar Tebrau pada sidang media di Stor Ekshibit KPDNKK, Taman Perindustr­ian Idaman Senai, Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia